KENGKAWAN

Friday, December 28, 2018

Chiang Mai - Day 2 - Jalan2 sampai malam

Hari yang paling busy. Busy berjalan-jalan.. hihi

Biasanya, sebelum race, coach Edan akan suruh kami rest dan tak bagi kami pegi jalan  jauh2. Tapi maybe kali ni kami takde apa2 target dan kebanyakkan target race semuanya next year, so kami lebih relax dan enjoy our runcation.

Kami berjalan dari pagi sampai ke malam tau. Keluar pukul 9 pagi,  pukul 8.00 malam baru balik berehat kat bilik. Padahal, pukul 1.00 pagi dah kena keluar semula untuk pergi race. Masing2 just ada kurang dari 4 jam untuk tidur.. hihihi.

Tempat first yang kami pergi - race village. Collect race kit. Kami dapat special treatment sebab register under group dan maybe sebab tour guide kami orang Chiang Mai, so dia pandai betul bab nak senangkan keje kami. Tenkiuu Kik!

Lepas tu kami pergi melawat:

1. Three Kingdom
2. Tempat buat sutera Thai
3. Tempat buat barangan kulit
4. Tempat buat payung
5. Tempat buat jewelry

Itu pun kami skip few places (Watt & market) sebab masing2 dah tak larat. Just imagine, kat sini kami tidur tak cukup sebab masing2 duk sakan berjalan sana sini.. hihihi. Enjoy habis bershopping. Semua barang2 murah2 tau. Gewaammm! Luggage penuh time bawak balik KL.

Lewat petang tu masing2 dah tersengguk2 dalam van. Separuh dari team kami skip dinner sebab tak larat dan nak rest. Just aku, Vivien, Rahim, Coach Edan & Jolene je proceed pergi dinner. Kami siap borak2 sampai lewat malam. Masing2 macam tak kisah pun pasal race.

Lepas dinner, coach Edan siap singgah pi gunting rambut malam tu. Dia dah tau dia akan podium esoknya. So rambut kena kemas katanya... hihi.

Race kit collection
Lunch at one of halal restaurant

International menu

My full plate

Ni gambar kat kilang kulit. Staff kat sini tunjukkan jenis2 kulit yang diguna

Me with encik buaya

At entrance kilang sutera

Life cycle ulat sutera

Geli weh.. tengok ulat2 ni.. 

Kat sini depa tunjuk step by step macam mana benang sutera dituai dari kepompong ulat sutera sampailah kain ditenun menggukan benang sutera. Kagum tau. Depa cakap dalam satu hari, depa boleh tenun 6 meter kain. 

Proses menenun kain

Ni depan kilang emas dan permata. Tak leh amik gambar kat dalam ni. Depa tunjuk macam mana depa ukir emas dan berlian kat dalam ni. Harga rantai kat sini dah boleh beli rumah uols.

Ni kat kilang buat payung pula

Group photo

Payung kat sini dibuat dari buluh. Dan kertas payung tu dibuat dari pulpa pokok. Sangat2 tradisi pembuatan payung2 ni

Ni depan salah aatu restoran halal.

Statue of 3 kingdom

Depan Tha pae gate

Dinner, tinggal kami berlima masih gagah. Yang lain dah tewas kepenatan  dan balik berehat kat bilik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...