KENGKAWAN

Sunday, December 02, 2018

The correct term

Dulu masa Ariff & Amarr kecik2, tak kisah sangat nak guna term untuk genital part.

Tapi bila Aleesya lahir, aku & Mamoru macam panik sikit. Ekceli lebih pada malu. Segan nak sebut.

Bila time nak cuci her private part, jangankan Mamoru, aku pun boleh lost word. Last2 aku guna "ge-girl".

Contoh, "B, tolong wash her 'ge-girl'"

Bila Aleesya makin besar, aku jadi concern. Anak perempuan kan. Risau tu terlebih.

Aku ada baca research tentang ayat yang paling tepat untuk digunakan bila sebut genital part kat anak2. Dan sebenarnya,   cara yang tepat untuk ajar anak2 sebut their private part adalah sama macam kita ajar anak2 kita bahagian badan mereka yang lain.

Kita ajar sebut tangan, kaki, mulut, hidung.. tapi bahagian sulit kita sebut benda lain : bird, ge-girl, etc. Kenapa eh? Terlalu taboo?

Bukan ke dah ada perkataan yang sangat sopan untuk diguna dan diajar pada anak2 e.g, zakar & faraj.

Seriously aku regret tak belajar dan tak ajar Ariff & Amarr tentang ni dari diaorang kecik2 dulu. Aku just ajar diaorang guna "bird" bila nak sebut their private part. End up, bila diorang start sekolah, diaorang belajar perkataan yang kurang sopan dari kawan2 e.g., k****k or k**e. Now baru terhegeh2 nak suruh guna perkataan yang proper.

Dan aku tanak repeat kesilapan yang sama pada Aleesya. Since Aleesya baru nak belajar bercakap, agak susah dia nak  sebut  perkataan faraj. Instead, aku sebut 'vagina'.

Mula2 agak segan nak guna perkataan ni pada Aleesya, tapi, bila baca tentang kes2 pedophillia, its a must to teach her the correct words. Senang nak recoqnize orang tu pedophillia or nak buat report kat polis.

https://www.huffpost.com/entry/8-reasons-not-to-call-your-childs-genitals-pet-names_b_58743186e4b0eb9e49bfbec3

Tadi masa Aleesya tengah main2, dia berlari dapatkan aku. Dia cakap, "Mammi, sakit.. sakit"

Aku tanya Aleesya sakit kat mana? Dia jawab "Wajaina sakit"

Terkejut aku terus buka seluar dia. Rupanya pampers dia 'salah park', so dia tak selesa terkena her private part.

Aku memang tak sorok apa2 dari Aleesya. Mandi pun bogel2 sama dengan dia. Mostly aku nak dia tahu, perubahan badan dia bila dia besar nanti. Save me a lot of explanation nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...