KENGKAWAN

Monday, July 02, 2018

I ran the 40th Gold Coast Marathon 2018!

Late post. Seriously busy day yesterday.

Dan ahamdullilah, cuaca masa race day sangat terbaik. Suhu pagi 15°c. Sejuk tapi takda angin. So tayah pakai jaket or glove masa lari.

Pukul 5.30 pagi kami dah bertolak ke starting point kat Southport. Pergi naik tram. Ramai betul runners. Meriah! 

View sunrise kat Southport, subhanallah, cantik sangat! Rasa nak repeat pula lari kat sini sebab walaupun ramai orang, tapi race village takdelah crowded macam kat tempat lain. Still selesa nak bergerak dan kalau yang bawa family tu, siap boleh bentang tikar atas rumput duk piknik kat situ.

Pastu ada burung2 putih and few jenis burung lain meriahkan padang rumput kat situ. Jinak. Kalau kiddos ada sure dia suka main kejar2 dengan burung tu.

Race start pukul 7.20 pagi. Aku target nak habis dalam masa 5 jam. Maklum lah sebulan takde mileage tetiba nak lari 42km. Memang cari bala lah kan. So, pilihan paling selamat, buat easy run je. Lari pace 7.00 or 8.00.

Route kat sini takdelah flat macam yang depa duk canang2. Still hilly juga untuk first 30km. Last 10 je betul2 flat. Mencungap jugak lah layan bukit 😂😂

Yang paling best, spectators ramai sepanjang jalan bagi semangat kat runners. Sepanjang jalan tau. Dan depa akan jerit & panggil semua nama2 runners sambil bagi kata2 semangat.

No wonder lah nama2 kami kat bib ditulis besar2. Senang untuk orang panggil & sorak! Rasa macam orang2 kat situ kenal kita. Best tau!! Aku lari tersengih2 sepanjang jalan sambil angkat tangan lambai2 kat depa yang panggil nama aku. Sampai finishing lagi ramai yang jerit nama aku. Even Emcee pun duk sebut nama aku masa kat finishing. Bangga kot!!! Haha.

Sangat well organized event ni. Aku bagi 10 bintang out of 10!

Aku habis lari dalam masa 5:09. Terlebih 9 minit sebab banyak slow down nak lepaskan runners depan aku semata nak make sure gambar2 aku solo dan cantik depan photog.. kiki. 

Even masa finishing pun aku biarkan group2 runners kejar sub5 habiskan run diaorang baru aku lari dengan bergaya depan kamera.. hahaha.  Dah alang2 fun run kan, biar betul2 fun 😁😁😁

Tengah tunggu tram pukul 5.30 pagi

Kat race village. 

Ni masa tengah lari kat km30. Coach Edan tunggu tepi jalan bagi hi5.

Finish strong without injury walaupun sebulan tak training.. kiki

Dengan coach Edan. Dia cakap janji finish strong. 

With the awesome SAC team 💪💪

Race village. Cantik kan. Duduk sini sambil tengok skrin tv besar runners cross finishing line. Padang rumput kat sini semua luas dan bersih. Boleh golek2 hindustan tau.

We had a great time in here!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...