Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah
Syukur ya Rabb.
Happy tengok result mid term Ariff & Amarr. Both among top student in their class!
Masing2 punya result seakan bersaing-saing. Persaingan yang baik 👍💪
Teringat masa awal tahun aritu, Mamoru cakap ada satu sekolah rendah integrasi baru buka kat kawasan rumah kami. Mamoru tanya sama ada aku nak tukarkan sekolah kiddos dari sekolah kebangsaan ke sekolah integrasi? Laju je aku jawab: tak perlu.
Dulu, masa Ariff dan Amarr kat Brainy Bunch, aku memang plan nak masukkan kiddos ke sekolah rendah integrasi / sekolah swasta. Tapi, masa tu takde rezeki sebab sekolah integrasi / swasta yang ada semua jauh2 dari rumah. Transportation susah. Tambah pula time tu Mamoru kerja jauh.
Now bila ada sekolah integrasi yang baru dibuka dekat area rumah, aku rasa macam tak perlu pun tukarkan sekolah kiddos. Sekolah kebangsaan sekarang pun tak ada apa yang kurang. Memang nampak macam penat bila kiddos terpaksa pergi sekolah agama sessi pagi & sekolah kebangsaan sessi petang. Tapi, aku dulu pun macam tu juga. Menjadi orang juga.
Lagipun boleh jimat sikit duit pendaftaran, yuran bulanan, etc bagai. Dan duit tu boleh save duit untuk kiddos masuk universiti nanti. Berhabis duit kat sekolah rendah swasta bukan jaminan anak akan masuk MRSM, universiti etc.
Pada aku konsep pendidikan awal yang terbaik bukan bermula disekolah rendah swasta or sekolah kebangsaan or sekolah agama or pusat tuisyen, tapi ia sebenarnya bermula dirumah. Where we as parents learn & play together with our kids 😊😊
Aku punya plan, insyaAllah, kalau boleh nak kiddos belajar kat oversea. At least boleh bersaing dalam labour market di dalam dan luar Malaysia. So, dari perabih duit kat sekolah swasta (macam aku buat masa kat Brainy Bunch dulu), better save duit untuk depa belajar kat oversea.
No comments:
Post a Comment