KENGKAWAN

Sunday, July 29, 2018

Mengamuk

Aku kalau marah, memang orang lain takde can nak menang. Kalau kau salah, kau jangan nak mengelak bagi seribu satu alasan. Lagi kau tak mengaku lagi aku naik antu. At least, kalau kau mengaku, still aku akan marah, tapi level tu kurang sikit lah dari kau tak mengaku.

Macam tadi, tak pasal2 Mamoru masuk rumah pastu cakap pak guard kat bawah ni marah dia sebab aku selalu drive langgar kon kat depan guard house.

Geram lah aku. Bila masa pulak aku langgar kon? Kalau aku dah cakap aku tak buat, jangan lah tuduh2. Kang aku buat betul2 karang. Jangan bagi aku naik antu.

Mengamuk aku kat guard house tadi. Aku tanya bila masanya aku langgar kon? Kebetulan, yang duk tuduh aku langgar kon tu orang yang hari2 duk bukakan palang gate tu setiap kali aku balik keje.

Terkulat2 dia nak menjawab.

Nak play safe, dia cakap dah banyak kali aku langgar. Dah lama katanya, dia tak ingat.

Aku tanya lagi, abis tu, masa aku langgar tu apahal kau tak tegur? Apasal selepas banyakkkkkk kali aku langgar baru kau nak tegur? Apa motif kau pi marah2 Mamoru pasal menda ni? Kalau nak membongak pun, biarlah logik sikit.

Aku luruskan jari telunjuk aku kat depan muka dia. Aku cakap, "u yang buka palang gate ni setiap hari bila i nak masuk dalam kawasan apartment kan? Apasal u tak tegur i kalau i ada langgar kon kat depan guard house ni? Kon tu besar okay. Takkan tak berbunyik bila dan bergesel dengan kereta?".

Aku bajet dia nak mengaku salah time ni, tapi takkkkk. Tetappp nak membongak jugak depan kawan2 guard dia. Kata dia, dia tak sempat nak tegur sebab aku dah naikkan tingkap kereta.

Macam dicurah minyak tanah, menyala2 api dalam hati aku ni. Aku, sound dia, "abis tu, esoknya u tak boleh tegur ke? Masa i stop kat gate sebelum u buka palang tu, u tak boleh tegur? Kalau betul i langgar kon hari2, bila i turunkan tingkap kat depan guard, u cakap je lah, 'kak jangan langgar kon'!.

"Tapi setiap kali i lalu apasal u senyap je. Kenpa baru hari ni nak buka cerita?"

"Ni i nak tambah, safety camera berlambak depan guard house ni kan,  u buka sekarang, tunjuk tang mana i langgar kon?"

Terdiam guard tu. Tak berani jawab.

Ekceli pak guard ni cerita, punca dia ni marah, sebab Mamoru blok kereta orang. Mamoru parking depan lif sekejap sebab hantar barang2 yang melambak dari Cameron. Tak lama pun. Tak sampai 5 minit. Mamoru siap tinggalkan contact no kat windshield untuk call kalau emergency.

Pastu owner kereta yang kena blok tu pegi marah2 pak guard ni sebab biarkan orang blok keta dia.

So, lepas kena marah, guard ni pi marah2 Mamoru. Nak lepas geram kekdahnya. Itu tak kisah lah, memang salah kami pi blok kereta orang.

Tapi pasaipa pi hentam cakap pasal aku duk langgar kon pulak. Saja nak sedap kan hati dia yang baru kena marah dengan orang lain. Silap orang la kan nak cari pasal. Dia ingat, aku ni macam bini2 orang lain yang diam je bila jadi macam ni.

Terdiam guard ni bila aku cakap, "so, korang kena marah dengan orang lain, korang pi marah laki i, laki i tegur i, ni  sekarang i pulak mengamuk kat u? Tak pepasal u kena marah lagi dengan i pulak kan?"

Terdiam masing2.

"Kalau betul i ada langgar kon tu, i minta maaf. Maybe i pekak tak dengar kereta i bergesel dengan kon tu. Tapi, u sebagai guard kat sini, sepatutnya keje u tegur orang yang buat salah. Tegur i sebab langgar kon tu. Tegur direct depan i masa u nampak i buat. Bukan sampaikan kat orang lain"

"Kita ni nak bekerja cari rezeki halal. Kalau u buat macam ni, tenteram ke u nak datang keje hari2? Halal ke rezeki tu nak bagi makan anak bini?"

Kan dah kena tazkirah.

Tapi alhamdullilah juga lah, ending isu ni dapat diselesaikan dengan baik. Lepas aku ngamuk2 tadi, aku guna psikologi pula.. hihi. Sama2 minta maaf. Pak guard tu aku kenal dah lama. Tak best lah kalau gado2 camtu.

Aku sedar diri aku ni perempuan, senang orang nak aniaya or buat jahat. Maybe aku salah, or maybe pak guard tu saja buat cerita, tapi apa pun, siapa salah or kalah tak penting. Bukan dapat medal kalau menang. Dalam hal ni biar win2 situation.

Alhamdullilah, guard tu pun minta maaf juga. Sama2 minta maaf.

Ok lah, esok nak beli duyan kasi kat depa. Amik hati. Kesian juga kat depa. Penat keje jaga keselamatan apartment ni. Keje guard ni stress juga. Orang lain tau nak marah depa je.

Aku tak suka marah2 orang. Esp orang yang bekerja as guard, cleaner, etc. Aku respect kerja depa. Keje halal. Dulu adik2 aku pun penah keje jadi guard kat HKL. Keje penat kadang2 sampai 24 jam keje non stop. Pastu asyik duk kena maki dengan orang je. Aku paham sangat perasaan orang keje camni.

Cuma tu lah, aku pantang orang marah or tuduh benda aku tak buat. Macam aku cakap tadi, karang aku buat betul2, jangan meroyan pulak... Hihihi.

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

haaa kan kakak da ngamuk.. hihi sabar na =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...