KENGKAWAN

Friday, July 06, 2018

Yarra Valley

Yarra valley ni sebenarnya best sangat. Tapi misi aku bukan nak gi Yarra valley. Tapi nak pergi Lake Mountain. Nak tengok salji. First time nak tengok hujan emas dinegeri orang. So excited terlebih.

Kat Melbourne ada few tempat je yang ada salji dalam musim winter. Kena drive dalam 2 jam lebih paling dekat. Since aku gi secara solo, malas nak drive sewa kereta bagai. So, aku ikut tour je. Naik minivan. Bayar Aud109. Siap pit stop kat coklat factory & kawasan air terjun lagi. Best.

Gambar kat salji later ok. Layan gambar kar coklat factory, air terjun & view sepanjang perjalanan ❤️❤️

View kiri masyaAllah, cantik sangat. Penuh dengan hamparan padang rumput yang cantik, kawasan padang ragut untuk kuda, biri-biri dan lembu. Lembu kat sini berbulu tebal dan bewarna hitam. Ada banyak kawasan pertanian dan ladang anggur yang luas. Cuma pokok anggur semua tinggal ranting sebab musim winter. Masuk musim bunga nanti sure semua pokok tumbuh daun dan bunga semula. 

View ladang anggur. Cantik sangat permandangan sepanjang jalan.

Ni view sunrise. Semua gambar aku amik dari dalam minivan. Ni antara best shot. Yangblain semua gegar.

Yarra Alpine ranges. Banyak pokok2 oak & ecualyptus. Tinggi2 tau.. boleh cecah 100 meter setiap pokok!!

Ni masankat kawasan air terjun.

See belakang tu. Tinggi air terjun dia. Macam kat Bekelah, Pahang. Cuma ni air sejuk ya amattss

Kawasan tadahan air Mooranda

Antara view point sebelum sampai Lake Mountain resort

Coklat factory!!

Depan kafe kat coklat factory

Banyak coklat tester dalam ni.. yummilicious!!

Trusffles!! Aku beli assorted truffles ni. Makan dalam bilik hotel. Sedapp oiii.

Macam2 jenis coklat. Coklat lover adalah dilarang pi sini. Boleh hilang ingatan nanti. Sedar2 je badan dah gemok.. hahaha.

View depan coklat factory

Dalam minivan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...