Syukur alhamdullilah. Akhirnya semua anak2 ni dapat diselamatkan setelah 17 hari terperangkap dalam gua yang sejuk, gelap & dipenuhi air.
Aku dapat tahu tentang kes 13 orang team bolasepak yang terperangkap dalam gua Thailand masa aku baru sampai kat Melbourne. Masa tu anak2 ni dah terperangkap 10 hari. Chanel TV kat Melbourne duk update berita ni setiap setengah jam.
Aku try buka FB, nak tahu detail (sebab sepanjang kat Gold Coast, aku memang tak tengok tv atau buka FB (honestly, aku memang dah lama tak buka FB. Update pun jarang. Kecuali masa hari raya aritu.
Suprisingly, kat FB, nan ado orang bercerita pasal ni. Yang hangat last week, cerita orang membawang pasal kes kematian bayi kat rumah pengasuh (so tipikal pemikiran orang2 kita ni, like hello? Korang memang takde keje eh? Minda tu memang dalam tempurung ke caner?)
Gajah depan mata tak nampak, tapi kuman seberang laut bukan main scan luar dalam.
Berbalik pasal cerita terperangkap dalam gua ni, ada satu benda yang sangat menarik perhatian aku kat sini.
Ingat tak, dalam tahun 2010, perkara yang sama jadi kat 33 orang pekerja lombong di Chille. Mereka semua terperangkap dalam lombong bawah tanah selama 69 hari. Alhamdullilah semua dapat diselamatkan dengan cara menggerudi lubang dan keluarkan guna kebuk kecil macam lift yang muat2 seorang je. Cerita ni siap diadaptasi dalam movie. Aku rasa cerita tentang anak2 Thailand ni pun sure masuk movie juga.
Dua2 kes terperangkap ni banyak persamaan kan. Kebetulan semua yang terperangkap ni lelaki. Jumlah mangsa pun nombor ganjil (33 orang & 13 orang). Dan jumlah hari terperangkap pun nombor ganjil juga (69 hari & 17 hari).
Teringat cerita ashabul Kahfi. Tentang 7 pemuda yang terperangkap dalam gua selama 309 tahun. Tak ada kaitan sebenarnya cuma yang menarik perhatian, semua nombor ganjil dan membabitkan lelaki sahaja.
No comments:
Post a Comment