Supposed update this semalam. Tapi lepas race terus lari pi temankan my parents and siblings pi jenjalan Cameron.
Race start 6.15 pagi. Route tak berubah so agak confident untuk lari kat sini walaupun aku langsung tak ada training untuk trail.
Actually, aku sampai lambat kat starting point. So, tak dapat nak beratur depan sekali (as planned). Seperkara kena ingat, kalau lari route trail sini, kena berdiri depan sekali kalau nak aim podium. Sebab lepas 1km, terus masuk route trail ke puncak Perdah. Route ni kecil. Muat laluan untuk seorang je. Kalau lambat, maka trail jadi jem. Terpaksa stop dan beratur lama atas trail. So, buang banyak masa.
Aku boleh hike Perdah dalam masa setengah jam. Tapi disebabkan jem, jadi sejam.. hihi.
Tapi run kali ni enjoy sangat. Sebab takde apa2 expectation kan. So, kurang stress. Turun dari gunung Perdah, aku lari kat sebelah Villa Dahlia. Antara salah satu sebab aku stay kat Villa Dahlia sebab ayah boleh tengok aku lari kat sini. Dari jauh nampak Mamoru & Aleesya tunggu. Happy sangat!
Trail lepas Perdah kat CP1 ke CP2 pun jem juga. Tapi dah kurang sikit lah.
Trail kat gunung Berembun mula2 tu clear. Tapi towards puncak dan decending jem sikit sebab bertembung dengan runners 55km.
Masa decending, runners perempuan belakang aku tersilap step dan ankle terseliuh. Aku try tolong apa patut. Panik juga sebab aku tak pernah berdepan dengan situasi macam ni dan tak tau nak buat apa bila dia dah start menangis tahan sakit. Aku punya first aid tak lengkap. Aku just ada bandage je. Takde spray.
Thanks to salah satu women runners, Syaz, dia bagi spray sebelum sambung lari. Aku tolong spray ankle chinese runners tu pastu tanya kalau dia boleh berdiri dan berjalan. Dia cakap boleh tapi sakit.
Aku catit no bib dia pastu aku cakap kat dia nak inform dan dapatkan bantuan orang kat CP3. Dia pun dah relax dan berhenti menangis.
On the way ke CP3, dekat Mardi, nampak Mamoru, ayah, siblings dan ipau duai cheer kat situ. Tambah lagi semangat. Walaupun dah jauh kena tinggal dengan other runners.
Kat CP3, aku inform no bib dan location runners chinese tadi pastu terus sambung lari. Luckily aku hafal setiap lokasi dan jarak route Cultra.
Route dari CP3 ke CP4 sangat enjoy. Dulu masa masuk kategori 50km & 100km, aku pilih untuk berjalan je. Sebab nak save energy. Lagipun route mencanak, even kat kawasan jalan tar. Tapi kali ni, boleh lari2 anak.
On the way ke CP4, ramai women runners dah start u-turn. Sampai je CP4, aku tak tunggu lama, tak makan pun makanan yang dihidang untuk runners. Aku just minum coke, pastu terus patah balik ke CP3. Bersemangat nak kejar runners lain walaupun jauh kena tinggal.
Dari CP3 ke finishing aku lari dengan bersemangat sekali. Semangat nak tengok wajah2 kesayangan sambut aku kat finishing.. hihi.
Aku dapat tempat ke 14 je.. hihi. Wish I did one or two trail training, so I could perform better. Sebab, kau takkan boleh berlari dengan baik on trail kalau setakat training on road. Mengerti? Its totally a different game.
But its okay. Aku lari kali ni just for fun. I wasnt supposed to run this trail as Im currently focused on my tune up race on 12 august. I knew I already screwed my base training with SAC for the tune up race when I decided to run Cultra. But hopefully, my body will revover faster.
Ok lah. Time to breakfast and jalan2 Cameron with my familia. Later baru update gambaq.
No comments:
Post a Comment