Friday, July 06, 2018

Ive climbed the Lake Mountain summit

Mission accomplished.

Selain dari marathon kat Gold Coast, melawat tempat salji kat Lake Mountain ni memang misi utama.

Sejujurnya, aku tak suka tempat sejuk. Tapi umum tahu Australia ni bukan lah negara yang sejuk sangat. Suhu panas dia boleh kalah Malaysia tau. Sebab tu kalau musim winter pun, kat bandar utama di Australia takde salji. Salji just ada kat kawasan tanah tinggi, dalam dua tiga jam drive dari Melbourne.

So, kira acceptable lah kan untuk orang tak tahan sejuk macam aku ni.

Pagi semalam, selepas subuh, aku dah terpacak kat depan Reagent Teather. Janji dengan tourist guide nak jumpa kat situ. Actually, booking ke Lake Mountain aku buat last minit masa tengah lepak sorang2 depan Shrine of Rememberance.

Masa tu tengah contemplating nak gi atau tanak tengok salji. Dah almost tanak pegi dah sebenarnya (sebab takut nak pi sorang2 & takut tak tahan sejuk). Tapi, bila fikir balik, bila lagi nak dapat peluang camni, so proceed je lah.

Aku call salah satu nombor tour yang aku dapat online (https://www.lastminutedaytours.com). Call buat reservation & terus bayar online. Dia tanya aku stay kat hotel mana sebab nak arrange pick up terdekat. So, tu yang dia suruh tunggu kat depan Reagent Teather pukul 7.25 pagi (depa fetch on time tau).

Driver tour ke Lake Mountain memang peramah & kelakar. Tergelak2 aku dengan lawak dia yang serious tapi kelakar. Banyak info dia terangkan sepanjang perjalanan.

Tentang view & pit stop sebelum sampai ke Late Mountain aku dah cerita dalam entry sebelum ni. Entry kali ni just nak cerita tentang pengalaman hiking ke Lake Mountain Summit - gunung salji pertama yang aku hike seorang diri.

Masa sampai kat Lake Mountain Resort, semua tourist pegi sewa baju, dan terus pegi tempat ski atau main papan luncur.

Aku pun dengan lurusnya turun minivan pegi tempat sewa baju. Takut sejuk kan.. tapi, ntah camna, time tu aku tak rasa sejuk pun. Even tak pakai glove & snow cap. Alhamdullilah sangat. Padahal time tu angin kuat sangat dan suhu bawah 0°c.

Tenkiuu kat kawan Mamoru sebab pinjamkan baju & seluar winter. Kalau tak, sewa baju + seluar + kasut Aud55 tau. Dan suprisingly, kasut pun tak perlu sewa sebab kasut Timberland aku ada goretex & vibram. Kalis air dan tak sejuk bila jalan dalam salji. Syukur sangat semua dipermudahkan.

Kat Lake Mountain Resort, aku tak main pun papan luncur or ski. Tak minat. So, aku jalan sorang2 ikut laluan trail yang ada. Tengok salji yang jatuh kat ranting2 pokok. MasyaAllah, satu permandangan yang sangat cantik!

Jalan punya jalan, aku nampak satu trail menujuk ke puncak Lake Mountain. Terus bersemangat jiwa adventure aku nak tawan puncak Lake Mountain.

Dalam takut2 nak hiking sorang2, aku congak distance dan masa yang diambil untuk hiking ke puncak. Seems doable kan, so why not.

Aku hike perlahan2. Sambil2 tu bergambar sorang2 diri dalam hutan alpine. Tunggu jugak kalau2 ada tourist yang nak hike sama2. Tapi nan ado. So, aku beranikan diri teruskan hike ke puncak.

Dan alhamdullilah, dalam masa setengah jam, aku sampai ke Lake Mountain Summit! Satu pengalaman yang sangat beharga buat seorang ourdoorfreak!

View kat puncak, masyaAllah, cantik sungguh.. sempat aku rakam video log buat kenangan (ada dalam entry sebelum ni). Kat puncak gunung ni ada beirut & stesen janakuasa. Puncak luas sangat. Penuh salji.

Tak lama pun aku stay kat atas tu. Habis bergambar terus turun. Sejukkkk. Angin kuat pula tu. Perjalanan turun lebih mudah. Maklum hati berbunga-bunga. Tak sangka, selain dari marathon di Gold Coast, aku dapat bonus hiking gunung salji!! Seorang diri pula tu.

Alhamdullilah dipermudahkan semuanya. Syukur ya Rabb.

Belakang aku tu Lake Mountain Resort

Nun kat belakang tu puncak Lake Mountain. Kat bawah ni kawasan ni tempat orang main papan luncur.

Ni salah satu trek ke tempat main papan luncur

Trail ke puncak sejauh 800 meter naik dan 800 meter turun. Kawasan summit walk pulak sejauh 4km pergi & balik

Tempat ni terletak dalam Yarra Ranges National Park

Trail yang penuh salji

Cantik kan..

View pokok2 

Kena pakai outfit kalis air kalau nak duduk atau main salji. Kalau tak, basah & sejuk pulak nanti.

Trail ni sunyi. Takut juga nak jalan sorang2. Tapi hiker kental, mana kenal erti give up..hihi

Balik2 gambar aku.. hahaha

Banyak kali aku makan salji ni tau.. haha.. lembut macam kapas. Sedap macam ABC. Cuma takde perasa sirap je

Best jalan atas salji

Hamikk.. gambar aku sesaje. Dah takde orang lain kat trail ni kan..

Yeay!!!! Puncak Lake Mountain berjaya ditawan!! 

Posing banyak2. Buat kenangan

Do you want to built a snowman ❤️

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

bestnyaa tapi x larat nak hiking. patut bawak perasa ke jus siap2 boleh tuang kat ais kepal =D