KENGKAWAN

Saturday, July 21, 2018

Jenjalan cari durian

Mamoru borong buah duyan kat depan Maybank Permaisuri. Sedap buah duyan dia. Dah dua kali beli kat pakcik nih. Dia jual durian dari kebun sendiri. Semua buah baru gugur pagi tadi.

Kalau buah tu gugur semalam, dia akan kasitau dan bagi harga rendah sikit, sebab buah tu gugur semalam kan. So, memang konfiden beli kat dia. Jujur meniaga.

Arini borong banyak sikit. Lebih 50 biji. Semata nak bawak gi piknik esok.

Malam ni tidur dengan satu rumah berbau durian. Harap orang  rumah sebelah tak marah.. hihihi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...