Monday, July 23, 2018

Dollah Tengku's Clan at Sungai Congkak

Sempat buat progressive long run sebelum bertolak amik ayah kat tol Sungai Besi masa nak pi Sungai Congkak pagi semalam.

Ayah excited. Teringat memori lama masa remaja lettew.. hihi. Ayah dulu kan duduk kat KL dari zaman sekolah, zaman keje. KL ni memang tempat dia dulu. Semua ceruk dia dah conquer. So, bila anak2 ajak pi piknik kat sini, lajuu je ayah cakap nak join.

Anak2 pun hepi dengar ayah nak ikut sama. Maklumlah, ayah dan kebun dia, berpisah tiada. Nak ajak berjalan kena make sure tanaman2 penting habis dituai terlebih dulu.

Semalam terlalu banyak makanan. Durian, manggis, rambutan, nasi berlauk, BBQ, etc. Durian pun tak habis dimakan! Sampai tapau bawa balik. Punyalah banyak.

Bab water war dalam sungai memang best. Bukan budak kecik je hepi, mak bapak pun enjoy!!

Aku berendam lama sangat kali ni. Recovery kaki.. hihi..

Note: Termasuk weekend semalam, dah 3 minggu berturut2 kami pi piknik gegamai kat sungai Congkak. Minggu depan kita piknik kat Cameron pulak nahh.

Port lepak makan fav kat hulu langat. Kedai makan D'Manggis. Banyak pokok buah buahan kelilingbkedai makan ni. Kebetulan bulan manggis pun tengah ranum. Gerammm je tengok.. hihi.

Makan duyan tepi sungai.. feeling abis!

Kami sewa pondok tepi sungai ni. Senang nak buat port tidoq.

Adik no.6, no. 11 & Aleesya

Lepas makan, makan lagi..

Daddy's girl

Penuh tempat ni kitaorang conquer

Aleesya tolong Pak teh masak BBQ.

Kebetulan, pondok sebelah tu jiran sebelah umah ayah kat kampung datang piknik kat sini. Kelakar.. apalagi enjoy lah ayah.

Budak dan bapak budak 

The best siblings & ipau duai. Hopefully our anak2 juga rapat macam kami semua.

Aleesya suka nau tolong BBQ.. tolong makan.. hihi.

Lewat petang kami gi minum2 kat puncak bukit Ampang. Layan view sunset

Subahanallah for the view and Alhamdulilah for the lovely weather yesterday. Till our next gathering.. 💋💋

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...