KENGKAWAN

Wednesday, July 04, 2018

Jalan-jalan di Melbourne city

Warning, post ni penuh dengan selfie. 😂😂

Bersemangat keluar dari hotel pagi ni. Full of confident walaupun tak tahu mana nak tuju.. haha.

Nak naik tram, tapi tak tahu nak turun stesen mana. Nak sewa basikal (mobike - macam obike kat malaysia) takut terlepas simpang. Last2, buka google map je. Jalan kaki ikut map.

Tempat first yang aku nak pegi ialah St Paul Cathederal. Tapi, jalan punya jalan sampai terlepas simpang. Malas nak patah balik, aku teruskan je jalan ikut kaki melangkah. View setiap jalan memang cantik walau pun jalan sentiasa sibuk dengan kereta & pejalan kaki. Leka juga tengok butik2 branded kiri kanan jalan. Rasa macam jalan kat Pavilion atau KLCC hihi. Nasib baik aku bukan peminat handbags. So, selamatttt poket.. haha.

Jalan punya jalan aku sampai kat St Patrick cathederal. Cantik sangat bangunan dia. Tak ramai tourist pulak tu, puas hati posing sorang2. Kalau pegi St Paul cathederal, ramai tourist. Nak amik gambar pun susah.

Cantik binaan bangunan dia. Aku tak amik gambar kat dalam gereja tu. Malas nak masuk

Pastu gi jalan2 kat Fitzroy Park. MasyaAllah cantik betul view park ni time winter. Paling best dapat tengok bunga dafodil secara life!! Omaigod, sukanya!!!

Suhu sejuk tau 14°c dengan angin lagi. Nasib baik pakai baju 4 lapis.. hihi.

Depan conservatory. Dalam ni macam rumah hijau. Kalau tak tahan sejuk, masuk je dalam ni. Suhu warm je kat dalam tu. 

Nih gambar dalam conservatory. Banyak tanam pokok2 bunga macam kat Malaysia. Iklim tropikal. Best duduk panaskam badan dalam ni hihi.

Kat kawasan rumah mini.

Atas jambatan apa ntaj. Lupa nama tempat ni.

Shoping souvenir untuk kawan2 ofis 

My lunch. Vege curry, lentil & potato with roti nan dan nasi. 

Ni depan Shrine of Rememberance

See, nama negara kita ada terpahat kat sini. Malaya. 

Shrine ni tempat untuk memperingati wira yang terkorban masa perang dunia pertama & kedua. Dalam bangunan ni ada muzium yang terletak bawah tanah. Entrance free 😊

Great love hath no man.

Permandangan bumbung bangunan ni dari dalam.

See lagi nama Malaya banyak tercatat dalam sejarah kat sini. I love reading about history.

Nun jauh kat sana view bandar Melbourne yang sentiasa busy

Panaskan badan kat sini jap

View Shrine of rememberance dari jauh

Ni view dari dalam Reagent Theathre.

I loveee spending my sweet time walking around Melbourne. Theres so many things to see with so little time. Will definitely come back again soon!


Hari ni paling banyak berjalan. Lebih 20ribu step, that is more than 16km walking tau!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...