Tuesday, July 31, 2018

Cultra 208 photos

Still cant move on.. hihi

Mamoru n kiddos tunggu kat finishing

Ni masa turun dari gunung Berembun. 

Monday, July 30, 2018

Cultra 2018

I didnt make it to the top 10 podium winners. But I won this - new friend!

Nice meeting you Fanny ❤️

Shes such a fighter 💪💪

Sunday, July 29, 2018

Mengamuk

Aku kalau marah, memang orang lain takde can nak menang. Kalau kau salah, kau jangan nak mengelak bagi seribu satu alasan. Lagi kau tak mengaku lagi aku naik antu. At least, kalau kau mengaku, still aku akan marah, tapi level tu kurang sikit lah dari kau tak mengaku.

Macam tadi, tak pasal2 Mamoru masuk rumah pastu cakap pak guard kat bawah ni marah dia sebab aku selalu drive langgar kon kat depan guard house.

Geram lah aku. Bila masa pulak aku langgar kon? Kalau aku dah cakap aku tak buat, jangan lah tuduh2. Kang aku buat betul2 karang. Jangan bagi aku naik antu.

Mengamuk aku kat guard house tadi. Aku tanya bila masanya aku langgar kon? Kebetulan, yang duk tuduh aku langgar kon tu orang yang hari2 duk bukakan palang gate tu setiap kali aku balik keje.

Terkulat2 dia nak menjawab.

Nak play safe, dia cakap dah banyak kali aku langgar. Dah lama katanya, dia tak ingat.

Aku tanya lagi, abis tu, masa aku langgar tu apahal kau tak tegur? Apasal selepas banyakkkkkk kali aku langgar baru kau nak tegur? Apa motif kau pi marah2 Mamoru pasal menda ni? Kalau nak membongak pun, biarlah logik sikit.

Aku luruskan jari telunjuk aku kat depan muka dia. Aku cakap, "u yang buka palang gate ni setiap hari bila i nak masuk dalam kawasan apartment kan? Apasal u tak tegur i kalau i ada langgar kon kat depan guard house ni? Kon tu besar okay. Takkan tak berbunyik bila dan bergesel dengan kereta?".

Aku bajet dia nak mengaku salah time ni, tapi takkkkk. Tetappp nak membongak jugak depan kawan2 guard dia. Kata dia, dia tak sempat nak tegur sebab aku dah naikkan tingkap kereta.

Macam dicurah minyak tanah, menyala2 api dalam hati aku ni. Aku, sound dia, "abis tu, esoknya u tak boleh tegur ke? Masa i stop kat gate sebelum u buka palang tu, u tak boleh tegur? Kalau betul i langgar kon hari2, bila i turunkan tingkap kat depan guard, u cakap je lah, 'kak jangan langgar kon'!.

"Tapi setiap kali i lalu apasal u senyap je. Kenpa baru hari ni nak buka cerita?"

"Ni i nak tambah, safety camera berlambak depan guard house ni kan,  u buka sekarang, tunjuk tang mana i langgar kon?"

Terdiam guard tu. Tak berani jawab.

Ekceli pak guard ni cerita, punca dia ni marah, sebab Mamoru blok kereta orang. Mamoru parking depan lif sekejap sebab hantar barang2 yang melambak dari Cameron. Tak lama pun. Tak sampai 5 minit. Mamoru siap tinggalkan contact no kat windshield untuk call kalau emergency.

Pastu owner kereta yang kena blok tu pegi marah2 pak guard ni sebab biarkan orang blok keta dia.

So, lepas kena marah, guard ni pi marah2 Mamoru. Nak lepas geram kekdahnya. Itu tak kisah lah, memang salah kami pi blok kereta orang.

Tapi pasaipa pi hentam cakap pasal aku duk langgar kon pulak. Saja nak sedap kan hati dia yang baru kena marah dengan orang lain. Silap orang la kan nak cari pasal. Dia ingat, aku ni macam bini2 orang lain yang diam je bila jadi macam ni.

Terdiam guard ni bila aku cakap, "so, korang kena marah dengan orang lain, korang pi marah laki i, laki i tegur i, ni  sekarang i pulak mengamuk kat u? Tak pepasal u kena marah lagi dengan i pulak kan?"

Terdiam masing2.

"Kalau betul i ada langgar kon tu, i minta maaf. Maybe i pekak tak dengar kereta i bergesel dengan kon tu. Tapi, u sebagai guard kat sini, sepatutnya keje u tegur orang yang buat salah. Tegur i sebab langgar kon tu. Tegur direct depan i masa u nampak i buat. Bukan sampaikan kat orang lain"

"Kita ni nak bekerja cari rezeki halal. Kalau u buat macam ni, tenteram ke u nak datang keje hari2? Halal ke rezeki tu nak bagi makan anak bini?"

Kan dah kena tazkirah.

Tapi alhamdullilah juga lah, ending isu ni dapat diselesaikan dengan baik. Lepas aku ngamuk2 tadi, aku guna psikologi pula.. hihi. Sama2 minta maaf. Pak guard tu aku kenal dah lama. Tak best lah kalau gado2 camtu.

Aku sedar diri aku ni perempuan, senang orang nak aniaya or buat jahat. Maybe aku salah, or maybe pak guard tu saja buat cerita, tapi apa pun, siapa salah or kalah tak penting. Bukan dapat medal kalau menang. Dalam hal ni biar win2 situation.

Alhamdullilah, guard tu pun minta maaf juga. Sama2 minta maaf.

Ok lah, esok nak beli duyan kasi kat depa. Amik hati. Kesian juga kat depa. Penat keje jaga keselamatan apartment ni. Keje guard ni stress juga. Orang lain tau nak marah depa je.

Aku tak suka marah2 orang. Esp orang yang bekerja as guard, cleaner, etc. Aku respect kerja depa. Keje halal. Dulu adik2 aku pun penah keje jadi guard kat HKL. Keje penat kadang2 sampai 24 jam keje non stop. Pastu asyik duk kena maki dengan orang je. Aku paham sangat perasaan orang keje camni.

Cuma tu lah, aku pantang orang marah or tuduh benda aku tak buat. Macam aku cakap tadi, karang aku buat betul2, jangan meroyan pulak... Hihihi.

Cameron Ultra 2018

Supposed update this semalam. Tapi lepas race terus lari pi temankan my parents and siblings pi jenjalan Cameron.

Race start 6.15 pagi. Route tak berubah so agak confident untuk lari kat sini walaupun aku langsung tak ada training untuk trail.

Actually, aku sampai lambat kat starting point. So, tak dapat nak beratur depan sekali (as planned). Seperkara kena ingat, kalau lari route trail sini, kena berdiri depan sekali kalau nak aim podium. Sebab lepas 1km, terus masuk route trail ke puncak Perdah. Route ni kecil. Muat laluan untuk seorang je. Kalau lambat, maka trail jadi jem. Terpaksa stop dan beratur lama atas trail. So, buang banyak masa.

Aku boleh hike Perdah dalam masa setengah jam. Tapi disebabkan jem, jadi sejam.. hihi.

Tapi run kali ni enjoy sangat. Sebab takde apa2 expectation kan. So, kurang stress. Turun dari gunung Perdah, aku lari kat sebelah Villa Dahlia. Antara salah satu sebab aku stay kat Villa Dahlia sebab ayah boleh tengok aku lari kat sini. Dari jauh nampak Mamoru & Aleesya tunggu. Happy sangat!

Trail lepas Perdah kat CP1 ke CP2 pun jem juga. Tapi dah kurang sikit lah.

Trail kat gunung Berembun mula2 tu clear. Tapi towards puncak dan decending jem sikit sebab bertembung dengan runners 55km.

Masa decending, runners perempuan belakang aku tersilap step dan ankle terseliuh. Aku try tolong apa patut. Panik juga sebab aku tak pernah berdepan dengan situasi macam ni dan tak tau nak buat apa bila dia dah start menangis tahan sakit. Aku punya first aid tak lengkap. Aku just ada bandage je. Takde spray.

Thanks to salah satu women runners, Syaz, dia bagi spray sebelum sambung lari. Aku tolong spray ankle chinese runners tu pastu tanya kalau dia boleh berdiri dan berjalan. Dia cakap boleh tapi sakit.

Aku catit no bib dia pastu aku cakap kat dia nak inform dan dapatkan bantuan orang kat CP3. Dia pun dah relax dan berhenti menangis.

On the way ke CP3, dekat Mardi, nampak Mamoru, ayah, siblings dan ipau duai cheer kat situ. Tambah lagi semangat. Walaupun dah jauh kena tinggal dengan other runners.

Kat CP3, aku inform no bib dan location runners chinese tadi pastu terus sambung lari. Luckily aku hafal setiap lokasi dan jarak route Cultra.

Route dari CP3 ke CP4 sangat enjoy. Dulu masa masuk kategori 50km & 100km, aku pilih untuk berjalan je. Sebab nak save energy. Lagipun route mencanak, even kat kawasan jalan tar. Tapi kali ni, boleh lari2 anak.

On the way ke CP4, ramai women runners dah start u-turn. Sampai je CP4, aku tak tunggu lama, tak makan pun makanan yang dihidang untuk runners. Aku just minum coke, pastu terus patah balik ke CP3. Bersemangat nak kejar runners lain walaupun jauh kena tinggal.

Dari CP3 ke finishing aku lari dengan bersemangat sekali. Semangat nak tengok wajah2 kesayangan sambut aku kat finishing.. hihi.

Aku dapat tempat ke 14 je.. hihi. Wish I did one or two trail training, so I could perform better. Sebab, kau takkan boleh berlari dengan baik on trail kalau setakat training on road. Mengerti? Its totally a different game.

But its okay.  Aku lari kali ni just for fun. I wasnt supposed to run this trail as Im currently focused on my tune up race on 12 august. I knew I already screwed my base training with SAC for the tune up race when I decided to run Cultra. But hopefully, my body will revover faster.

Ok lah. Time to breakfast and jalan2 Cameron with my familia. Later baru update gambaq.

Friday, July 27, 2018

Race kit collected!

Awal bangun pagi ni. Semua memang morning person. Senang.

Kami pergi Cultra Race Village. Meriah tau!!

Enjoy tawaf race ekspo cuci mata tengok running gear & gelagat runners.

I love this event so much coz venue & route trail ni kat tempat favourite aku ❤️

Semoga dipermudahkan event esok untuk aku & semua Cultra 2018 runners.  Stay strong and all the best 💪💪

My no 1 fans & supporter ❤️❤️

Collect bib

With my cinta ❤️

We gonna rock Cultra tomorrow!

Joget lambak.. ewahh

Joget lambak with Aleesya

Cultra 2018 ada buat hi tea & dance performances. Untung datang awal kat sini. Dapat tengok kanak2 sekolah buat rehearsal tarian. Apalagi, kami pun join sama.. hihi.

Aku tak join pun hi tea dengan cultra runners. Nak rest & spend time dengan ayah & the siblings. Lagipun pagi tadi dah puas tawaf cultra village & ekspo area.


Really had a good time this morning. We dance like nobody is watching.. hihi

Penhouse Villa Dahlia

Ni kali ke empat berturut2 kami pergi Cameron dalam tahun ni.

Kali ni kami sewa Penthouse Villa Dahlia. Besar apartment ni. Ada 5 bilik. Tiga bilik kat bawah, 2 bilik kat tingkat atas. Ruang tamu ada dua. Luas.

Cuma kelengkapan dapur kena bawa sendiri.

Ruang tamu bawah. Ada wifi tapi connection tak kuat.

Masak untuk dinner. Deghoyan tak tinggal.. hihi. Durian baru luruh ni okay. Bukan durian peram macam kat KL tu.

Bilik 1

Simple dinner, tempe goreng, sambal ayam, sup ayam & sayoq

Bilik 2

Bilik 3

Bilik 4

Bilik 5

Luas kan

Ruang tamu atas

Journey to Cameron Highlands

Best perjalanan ke Cameron kali ni. Sebab banyak sangat pit stop. Banyak singgah sana sini. Maklum lah musim 'deghoyan' bak kata orang Perak. Berlambak orang jual deghoyan sepanjang jalan.

Kali ni kami naik Cameron melalui Tapah. Lalu jalan lama yang berliku2. Bawak slow2 ja. Kereta tak banyak coz hari Khamis kan. Kalau naik esok ramai.

Even kat kawasan air terjun Lata Iskandar pun tak ramai orang. Selalu kat sini parking payah kemain.

Kiddos pulak, asal nampak air nak tiruk. Mamoru bagi green light piknik kat sini. Apalagi, dari kolam atas sampai bawak kiddos berenang. Kemain enjoy depa semua. Baguih naa.

Lewat petang baru kami sambung perjalanan naik ke  Cameron.

Happy mom makes happy kids

Ayu nya minah ni berbaju kurung duk tepi ayaq terjun. hihhi. Malaih tukau baju. Mamoru fetch dari ofis. 

Cantik ayaq terjun ni. Takde orang mandi pun time kami sampai. Cuaca pulak terbaik. Rugi tak bagi anak2 mandi. Bila lagi nak dapat peluang camni kan. Selalu tu penuh tempat ni dengan umat manusia. Dari plan nak menyinggah amik gambau, terus melekat piknik makan deghoyan sekali.

Kami pi 2 keta dengan adik no.6

Water confident. Dalam tau kolam kat sini. Kiddos berenang dengan confident. Tapi Mamoru monitor jugak lah.

Kiddos dengan cousins depa & Mak Uda.

Aleesya pun aku lepaskan berenang. Aqua princess kan. Aku monitor dari atas tebing je.

Friendship forever

Aleesya mandi sorang2. Abang2 dah pi explore kat atas.

❤️💋❤️💋❤️💋

Thursday, July 26, 2018

Off to Cameron Highlands

Abang driver, saya nak pi Cameron. Saya upah Starbucks je boleh naa.. hihi

Malaysia is too hot, nak sejuk2 kat ateh gunung nun 😂😂

Last night hilly session

Drive all the way from work to Ruang.. and sesat a bit. Thats normal actually. I always sesat everytime I went for SAC's training session. Like everytime. Blame it to the gps map. Lalu bawah flyover pun boleh 'connection lost'..ntahapehape.

Always arrived ngam2 just in time to change my running attire (in the car) and sempat join the team for warm up.

But I dont mind all the hassles. As long as I could get the training done. And meeting my girlfriends after that ❤️

*********

Gotta be ready and masuk ofis awal arini. Meeting is at 8.15am. Hectic day today.

But its okay as Im on halfday. Mamoru will fetch me at noon for our short gateway to Cameron Highland (for the fourth time in this year!) 💋❤️



Wednesday, July 25, 2018

Cultra 2018 is happening!

Sepatutnya malam ni aku bertolak ke Cameron Highlands. Baru plan nak buat easy run esok pagi2 kat Cameron.

Tapi terpaksa tukar plan bertolak tengahari esok sebab pagi2 esok kena attend meeting kat ofis pulak. 

So, maybe sampai Cameron lewat petang esok.

Takpelah, still boleh buat easy run pagi Jumaat nanti. Pastu terus collect race kit lepas habis run.. kan.. kan.. kan..

Tak zabar nak lari kat trail favourite esp kat gunung Perdah & gunung Berembun.

Walaupun nan ado training hill or trail lansung, aku tetap tanak lepaskan peluang lari kat Cameron..hihi.

Ni tahun ketiga berturut2 aku lari Cameron Ultra tau:
Cultra 2016 (50km -finish)
Cultra 2017 (100km - DNF at 60km)
Cultra 2018 (30km - ??)

Will definitely enjoy my shortest Cultra route this year! Plan nak habiskan race injury free & below 6 hours. 

Takde aim podium. Tak mampu coz list runners 30km bukan calang2. Ramai trail Queen okay. Tatottt.. 

Monday, July 23, 2018

Dollah Tengku's Clan at Sungai Congkak

Sempat buat progressive long run sebelum bertolak amik ayah kat tol Sungai Besi masa nak pi Sungai Congkak pagi semalam.

Ayah excited. Teringat memori lama masa remaja lettew.. hihi. Ayah dulu kan duduk kat KL dari zaman sekolah, zaman keje. KL ni memang tempat dia dulu. Semua ceruk dia dah conquer. So, bila anak2 ajak pi piknik kat sini, lajuu je ayah cakap nak join.

Anak2 pun hepi dengar ayah nak ikut sama. Maklumlah, ayah dan kebun dia, berpisah tiada. Nak ajak berjalan kena make sure tanaman2 penting habis dituai terlebih dulu.

Semalam terlalu banyak makanan. Durian, manggis, rambutan, nasi berlauk, BBQ, etc. Durian pun tak habis dimakan! Sampai tapau bawa balik. Punyalah banyak.

Bab water war dalam sungai memang best. Bukan budak kecik je hepi, mak bapak pun enjoy!!

Aku berendam lama sangat kali ni. Recovery kaki.. hihi..

Note: Termasuk weekend semalam, dah 3 minggu berturut2 kami pi piknik gegamai kat sungai Congkak. Minggu depan kita piknik kat Cameron pulak nahh.

Port lepak makan fav kat hulu langat. Kedai makan D'Manggis. Banyak pokok buah buahan kelilingbkedai makan ni. Kebetulan bulan manggis pun tengah ranum. Gerammm je tengok.. hihi.

Makan duyan tepi sungai.. feeling abis!

Kami sewa pondok tepi sungai ni. Senang nak buat port tidoq.

Adik no.6, no. 11 & Aleesya

Lepas makan, makan lagi..

Daddy's girl

Penuh tempat ni kitaorang conquer

Aleesya tolong Pak teh masak BBQ.

Kebetulan, pondok sebelah tu jiran sebelah umah ayah kat kampung datang piknik kat sini. Kelakar.. apalagi enjoy lah ayah.

Budak dan bapak budak 

The best siblings & ipau duai. Hopefully our anak2 juga rapat macam kami semua.

Aleesya suka nau tolong BBQ.. tolong makan.. hihi.

Lewat petang kami gi minum2 kat puncak bukit Ampang. Layan view sunset

Subahanallah for the view and Alhamdulilah for the lovely weather yesterday. Till our next gathering.. 💋💋