Friday, August 10, 2018

Aleesya dedar

Masa fetch kat Taska semalam Aleesya tak aktif macam selalu. Tapi still senyum bila nampak muka aku. Alahai syian anak aku. Demam kata akak2 pengasuh.

Masa nak pakaikan kasut, ternampak kesan lebam kat kuku kaki. Macam kesan tersepit. Panik akak2 pengasuh explain. Double kesian. 

Alhamdullilah, dah masuk Jumaat. Cant wait to spend time more with kiddos. 

Supposedly, aku ada tune up race Ahad ni (Brooks Run kat Dataran Merdeka). Tapi since I screwed up my training (sebab join Cultra) aritu, aku decided to letgo the race and pass bib aku kat adik no.6.. hihi. Suruh dia larikan untuk aku. Coz sekarang ni, aku back to basic semula..*pada muka aku hihihi.

The sad thing is, aku siap booking hotel kat sebelah Dataran Merdeka untuk race Ahad ni. Nak kansel tak boleh sebab dah buat full payment. So, pergi jelah spend weekend kat hotel minggu ni.. hihi.

Tapi takpe, dapat bonding lebih selesa dengan kiddos. Cuma, Mamoru wont be joining us at the hotel. Sebab dia jadi volunteer kat Brooks Run. Kengkonon dapat lah bagi moral support masa aku lari event tu.. tapi haish.. nak buat caner, sapa suh tak ikut cakap coach kan.. tskkk.. uwaaa. 

Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian, tak dapat lari.. hihihi

Sory coach, next event, I promise I will be good student yang mendengar kata 😂😂


Kaki Aleesya  semalam.

Haish rindu kat satu-satunya anak dara aku ni. Pagi tadi terngiang2 dia tanya aku;
Aleesya: Mommy, do you like Anana (banana)? 
Bila aku cakap aku suka, pastu dia tanya lagi;
Aleesya: Do you like monkey? 
Bila aku cakap tak suka & buat muka macam geli, dia duk gelak terkekeh.
Rinduuuuu ❤️❤️

2 comments:

DonnaSha said...

Naper kuku kaki Aleesya tu? .. dah la lebam. Plus potong kuku sampai dalam gitu? ... sapa yang potong kuku budak macam tu?

Kalau tak lebam pun, saja2 suka potong kuku dalam2 camtu dah cukup sakit dah.

Aleesya demam pasal demam .... or tahan sakit sampai demam?

#jadimamatigerkejap

khdjhAdbh12 said...

salam sis, maaf nak tanya, hotel apa yg sebelah dataran merdeka tu. nak tahu nama nya. hehe thanks ya.