KENGKAWAN

Saturday, August 25, 2018

My Saturday

Pagi ni gigih bangun awal buat 5k time trial untuk SRSQ5. Pukul 6.30 pagi start lari. Pukul 7 pagi settle cooling down.

Pastu bawak kiddos turun mandi kat pool. Dengan Mamoru sekali aku paksa turun.. hihi. Suka tengok kiddos mandi. Especially Aleesya. Water confident tinggi. Sekarang, kalau teman dia mandi, aku tayah turun mandi sama2 dah. Boleh biarkan dia tiruk dan berenang sendiri. Aleesya boleh berenang dari hujung ke hujung adult pool. Cuma still pakai floaties lah. InsyaAllah, soon dia boleh berenang without floaties. Kena banyak praktis lagi (read: kena rajin bawak turun pool)

Lepas habis mandi manda, kami bawak kiddos breakfast kat warung Bunian, kat Bangi. Hajat nak makan nasi lemak telur bungkus, tapi da abis. So makan roti canai 'jiwa kawau'. Pelik2 nama menu kat warung Bunian.. hihi.

Plan hari ni nak pi pasar buku (macam pasar karat, tapi depa jual buku2 terpakai). Nak beli buku untuk aku dan kiddos. Rupanya pasar buku tutup minggu ni. So, bawak kiddos pi perpustakaan awam Bangi je lah. Spent time baca buku kat situ. Ariff siap sign up membership. Pinjam buku library bawak balik 😊

Tengahari, belanja anak2 toys. Reward sebab behave & suka baca buku.

Lewat petang baru balik rumah. Penat. Tapi best! Time well spent ❤️

Note: Aleesya sangat behave dalam library. Cuma bila nampak mural lukisan haiwan kat dinding library, dia duk sebut satu2 nama haiwan tu kuat2 dalam english. Aleesya dah kenal banyak jenis haiwan:

Crocodile
Elephant
Monkey
Tiger
Lion
Giraffe
Jellyfish
Octopus
Turtle
Shark
Fish
Bird
Monkey
Cat

Haish.. banyak lah.

Shape & color pun Aleesya dah recognize dan boleh sebut satu2. Cuma pelat tu ada sikit2.. hihi.

Aqua princess. Mommy perati dari tepi je. 

Yang dilindungi

Kolam kecik dia tak heran. Dia nak pool besar je

Adam pun ada. Dia overnight kat sini

Kemain lagi berenang2 ke tepian

We love book!

Membaca jambatan ilmu

Kuah tumpah ke nasi. Rajin2 membaca ya sayang.

Khusyuk

1 comment:

aisyah elsa said...

wah bagusnya ajar anak anak buat bnda faedah. bkecik keik lagi dah suka baca buku. moga terus suka buku sampai ke besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...