KENGKAWAN

Friday, August 31, 2018

Selamat hari kemerdekaan ke-61

Tunaikan janji dengan kiddos untuk bawa depa tengok perarakan kemerdekaan di Putrajaya.

Kami keluar rumah awal, pukul 5.30 pagi. Ngam2 azan Subuh,  kami sampai Putrajaya. Tak ramai orang time ni so boleh amik tempat betul2 depan pagar tepi jalan. Kami siap bentang hammock. Dah macam piknik je.. haha.

Alhamdullilah, cuaca best sangat. Tak panas langsung. Redup je sepanjang perarakan berlangsung.

Kiddos lah terpaling happy sebab dapat tengok badan beruniform, dan macam2 jenis pekerjaaan (even Doctor & nurses pun ada took part dalam parade ni). Ariff cakap, now dia confused nak pilih kerja apa bila dah besar nanti, semua pekerjaan best2 katanya.

"Saya tak tahu nak pilih mana lah mommy. Saya suka Doctor,  Soldier, Pilot, semua saya suka. Macam mana nak pilih ni?"

Lucu lah Ariff ni.

Kiddos juga tak henti2 bertanya tentang pasukan yang join perarakan, tentang Agong, Perdana Menteri, etc. Tabah mommy menjawab semua soalan depa. Alhamdullilah, banyak benda2 baru yang kiddos belajar tadi.

Dan paling best tadi, perarakan kereta tempur tank, misil, torpedo dan pertinjukkan jet pejuang yang seriously awesome. Kagum tengok jet2 berpusing dengan laju kat atas awan.

Terus cakap kat Mamoru, next time nak pi tengok LIMA kat Langkawi pulak 😁😁

Kami stay kat Putrajaya sampai perarakan tamat. Alhamdullilah, anak2 semua behave. Aleesya ada juga nak start cranky, tapi breastfeeding baby senang nak control. Taktik yang selalu aku guna bila Aleesya nak crancky adalah, offer dia susu.. hihi. InsyaAllah, Aleesya akan drop her argument or stop menangis or  stop whatever yang dia tak puas hati bila aku offer susu. Terus behave sambil duduk cantik2 atas pangku tunggu aku selak baju.. haha. Work everytime okay. Like magic ❤️

Note: Selamat hari lahir ke-61 juga buat arwah ibu. NoorMalaya. Alfatihah.

Sibuk menjawab soalan2 kiddos

Excitednya Aleesya

Piknik di Putrajaya

We're here

Ni part kiddos suka. 

Nampak macam relax je kan.. padahal, keliling kami penuhhh umat manusia 

Amboiii laju je makan jajan yang not healthy ni.

My twinnie

Setiap kali team lain lalu depan kami setiap kali tu lah juga kiddos keluarkam macam2 soalan. 

Kami bawak bendera juga! Gigih beli bendera semalam.

Aleesya dan bendera. 
Rambut kami sama pendek. Semalam pi gunting pendek terus. Frust punya pasal kan.. tsk

Nampak macam budak sekolah tak? Hihi

With the boys

Us. 
Tema hari ni, putih, bersih, suci.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...