KENGKAWAN

Wednesday, August 08, 2018

Legoland 2nd day

Ada peristiwa mengejutkan kat hotel kami pagi ni. Tapi nantilah cerita.

Tak plan pun nak pi Legoland sekali lagi Ahad tu. Kalau ikut aku punya plan, nak pi Stulang. Pi jalan2 cari makan Pastu balik KL.

Tapi, kiddos duk mention pasal games yang diaorang main semalam. Tak puas katanya.

So, since dah ada kat situ kan. Pass masuk themepark pun free. Why not kan.

Alhamdullilah rezeki kiddos, Legoland tak ramai orang pun walaupun hari tu hari Ahad. Puas lah diaorang main. Aleesya pun sampai skip nap time.. hihi.

Paling best bila kiddos menang pertandingan design race car. Siap dapat sijil. Yeay!!

Paling sadis bila dua2 anak teruna aku duk pujuk aku naik roller coster VR. Uwaaa...

Ekceli diaorang dah naik banyak kali hari tu dengan Mamoru. Tapi kali ni diaorang paksa aku naik dengan diaorang. Sebenarnya aku tak pernah pun naik menda alah tu. Tiga kali pi Legoland memang aku skip mender alah tu.. haha.

Kemain hepi muka masing2 bila aku terpaksa-rela. Lagi hepi bila diaorang tengok aku sorang terjerit2 sepanjang roller coster tu bergerak.. hihi. Hepi dapat kenakan mommy.

But I did have fun tho nak melompat jantung keluar.. haha.

Kami bertolak balik KL pukul 5 petang. Tapi sampai KL pukul 12 tengah malam 😂😂

Singgah RNR, rehat, mandikan anak2, makan, tidur lagi. Penat oii. Anak2 tidur sepanjang perjalanan. 

Aku pulak volunteer jadi DJ. Search lagu online dan bluetooth ke speaker kereta. Mamoru impress macam mana aku boleh mainkan lagu2 fav dia dan secara tak langsung buat dia fresh masa driving. Dia tatau aku duk pegang dua henfon google lagu2 yang dia suka. Dah lah aku tak hafal tajuk lagu, plus jenis lagu yang dia suka memang berbeza dengan lagu yang aku suka. So kira tough job la juga nak keep him entertained all the way from JB to KL. But I guess I did a good job kan as a DJ. Next kita boleh buat road trip lagi ❤️

1 comment:

Asyiqin Roslee said...

seronoknyaa pi legoland,,ekin tak pernah sampai lagi dekat sana,, ahaha,,masing2 dah besar,..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...