Monday, August 13, 2018

Sukaneka Taska

Semalam lepas check out hotel, terus pegi Taska kak Ana. Ada sukaneka Taska. Dari bulan lepas dia duk ingatkan suruh datang.

Rajin Taska kak Ana ni buat acara sukan tahunan. Bukan setakat sukan, mesyuarat ibu bapa (ala PIBG), majlis kesyukuran, masjis birthday anak2 & pengasuh taska, etc.

Memang aktif sungguh taska kak Ana. Pemurah pun iya juga. Macam2 hadiah kiddos dapat (baju, beg toys) dan itu juga tak termasuk hadiah birthday tau. MasyaAllah, semoga murah rezeki kak Ana sekeluarga.

Tahun ni, Aleesya masuk acara pakaian beragam. Ariff Amarr pula, acara tiup tepung.

Bukan budak2 je masuk, mak bapak budak pun kak Ana paksa join sukaneka sekali. Tahun ni, Mamoru dapat tiup belon. Aku pulak kena masuk acara menari lagu kanak2.. haha.

Yang best tu, semua yang join dapat hadiah. Alhamdullilah.

Tenkiu kak Ana, hadiah best2. Anak2 happy. Mak pak pun happy. Makanan semalam sedaapppppp. Nasi dengan lauh campur, laksa, bubur kacang hijau durian, bubur pulut itam, kuih muih, aiskrim lagi.. sampai ke malam kami kekenyangan.

Mamoru dapat tempat kedua acara tiup dan pecahkan belon. Dapat hadiah 2 set frame tulisan khat.

Anak2 taska kak Ana. Semua happy duduk taska

Sebahagian dari parents yang datang semalam.

Aleesya dapat no dua acara catwalk pakaian beragam. Kemain pusing catwalk depan judges semalam.

Ariff dapat hadiah tiup gula2 dalam tepung

Ni semua mak2 tengah stanby nak berjoget.. hihi. Aku paling eksaited.

Dengan model princess Bee🐝🐝🐝

Mamoru dengan hadiah yang dia dapat

Lepas bersukan, kita main kat playground. 

Yang dilindungi

My anak2

Aleesya dengan kak Ana

Amboii.. macam model la anak2 gadis ni..

BFF

Amarr dengan muka penuh tepung.. 😱😱😱

No comments: