KENGKAWAN

Friday, January 25, 2019

Aleesya tak sihat

Pukul 4 pagi tadi Aleesya minta susu. Baru aku nak susukan Aleesya, dis terus muntah kat dada aku. Cepat2 aku dudukkan dia.

Lepas bersihkan Aleesya (dan sementara aku bersihkan diri), Mamoru bagi Aleesya minum air kosong. Pastu tidurkan dia kat katil Mamoru (since katil Aleesya ada kesan muntah)

Tapi sekejap tu, dia muntah lagi. Sempat alas dengan towel. Habis keluar kuey teow (yang dia makan kat taska). Terus bawak dia pergi mandi.

Lepas mandi muntah lagi. Keluar air je. Maybe perut dia dah kosong sebab muntah banyak kali.

Mamoru volunteer amik cuti untuk jaga Aleesya. Risau betul dia kat kat anak gadis nannan seorang ni.

Tadi Mamoru cakap, dia dah bawa Aleesya pi klinik. Amik ubat tahan muntah. Kata Mamoru, total dari pagi tadi dah 5 kali Aleesya muntah2.

Haish. Cepatlah pukul 4 petang. Tak sabar nak balik rumah. Mamoru suruh cepat2 bagi susu badan.

Aleesya sayang.. tunggu mommy ya.

Mamoru hantar gambar ni masa Aleesya nak breakfast kat Q Bistro tari. Tapi tak jadi makan sebab Aleesya nak muntah lagi. So, tapau bawa balik rumah je. Kesiannya anak mommy..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...