Friday, January 18, 2019

Baru boleh rilek


Asal Selasa, Rabu & Khamis je memang busy tahap dewata. Berkejar semua benda sebab kiddos ada tuition. Nak make sure semua makan sebelum pergi tuition etc.

Malam pula, wajib tidurkan kiddos. Ni request dari hero2 kecil. Sorang nak tidur bergaru, sorang nak tidur dipeluk - dua2 nak dibacakan bed time story. Lepas habis story, mesti kena "nyanyi" (read as zikir) sampai depa tertidur. Dari kecil sampai dah masuk 9 & 10 tahun pun masih nak mommy ulang rutin yang sama. Lepas diaorang tidur baru mommy keluar tutup pintu bilik.

Kadang2 mommy tak larat. Kadang2 Mamoru tegur kiddos suruh tidur on their own. Tapi mommy tak sampai hati. Alasan mommy, tak lama je lagi. Soon kiddos dah cukup besar, sure takmo mommy peluk or garu sambil nyanyi sebelum diaorang tidur.

Hari ni kiddos takda tuition, tapi mommy ada kelas ❤️
Nota 1: Henry dah ada 2 kawan baru, Goldie & Blacker namanya. Amarr takut Henry sunyi duduk rumah sorang2. So, dia beli lagi 2 ekor ikan. Katanya, macam Amarr 3 beradik dengan Ariff & Aleesya. Henry pun dia nak bertiga juga ❤️


Nota 2: Cuti panjang sampai Isnin. Best! Nak plan apa ya 😊

No comments: