KENGKAWAN

Thursday, January 17, 2019

Amarr dan Henry

Sekejap je dah masuk pertengahan January.

Alhamdullilah dah boleh manage dengan jadual persekolahan anak2. Kiddos pun dah ok dan dah selesa dengan rutin baru. Cuma ada few things nak kena arrange, ie bilik belajar kiddos.

Dan, nak kena beli baju Pengakap & set alatan memanah untuk Ariff gunna masa hari Koko (setiap Rabu). Selain Pengakap, Ariff masuk kelab memanah juga (dua2 ni dia yang pilih sendiri).

Amarr tak ada sesi Koko sebab masih Tahap 1 lagi. Student darjah  4 ke atas je yang join Koko. Sure dia jeles tengok abang Ariff ada set memanah nanti. Tapi takpa, sure Mamoru belikan set memanah untuk Amarr juga. Boleh praktis dari awal.

Semalam Amarr balik sekolah bawa seekor ikan. Dia beli RM1 katanya. Beria suruh aku belikan makanan ikan. Pastu masa nak keluar pergi tuition, dia duk risau ikan dia tinggal sorang2 kat rumah. Amarr suruh aku cepat2 balik rumah lepas hantar dia dan Ariff ke kelas tuition. Suruh tengokkan ikan dia. Dia siap namakan ikan dia, Henry.  😂😂😂

Aiyoo..

Minta2 Henry mampu bertahan kat rumah arini. Makanan Henry tak beli lagi. Tadi aku buh roti secubit. Tataw lah Henry makan ke tak. Kalau Henry mati satgi, mana laa aku nak cari ganti ni. Haish.

Henry the fish. Tergelak2 Mamoru dengar keletah Amarr bila dengar aku cerita pasal Henry.

Amarr & Henry (dia sendiri yang bagi nama ikan ni)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...