Malam tadi turn mommy hantar dan amik kiddos tuition.
Suka tengok kiddos hepi dengan kelas tuition masing2. Sampai mommy pula pelik tengok depa excited pergi tuition. Bila tanya kelas ok tak? Masing2 cakap bestttt sangatt. Especially Amarr. Wow. Mesti tutor tu pandai tackle kiddos.
Amarr jenis tak suka nak bagi credit kat sesuatu yang dia suka. Paling2 pun dia akan cakap "ok". Dia jenis kalau dia tak suka, memang dia cakap direct je takde sorok2. So, kalau dia cakap "besttt" kuat2 tu, maknanya memang menda tu yang terbaik la.
Ariff pula jenis suka jaga hati orang. Jawapan dia selalu akan amik kira perasaan orang instead of apa yang dia rasa. Sama macam perangai aku.. hihi. Jenis duk jaga hati orang. Tapi bila tengok dia excited nak pergi tuition siap ingatkan aku lagi tentang kelas tuition dia, means memang best lah kelas tu.
Kelas tution kiddos setiap hari Selasa, Rabu & khamis. Dua jam setiap sessi. Kesian juga kat kiddos coz kena sekolah agama, sekolah kebangsaan, mengaji, tuition lagi. Tapi, as long as they are ok and happy, then ok lah.
Yes, ramai cakap tak payah lah nak hantar tuition bagai. Menyusahkan anak2 coz depa kecik lagi. Pada aku, biarlah susah2 dari kecik dari menyusahkan bila dah besar nanti. Ada masa kita boleh main-main. Tapi, jangan main-main.
1 comment:
seronok shopping.. hehe
Post a Comment