Sunday, September 30, 2018

Asics Relay 2018

Most enjoyable moment. Especially bila dapat jumpa kawan2 SAC dan the girls!!

Actually, aku sampai sini lambat. Pukul 7.30 malam baru terhegeh2 park kereta kat LRT Bukit Jalil. Rushing nak jumpa Jolene collect baju baru SAC, pastu duk cari Edward untuk amik race bib ๐Ÿ˜… Warm up sekadar berlari ke toilet sebab nak tukar baju.. kikiki.

Memang dalam kepala dah set just nak fun run je malam ni. Tamau risk lutut. Nak lari happy2 je. Dan memang happy sungguh la aku lari. First 1km tu duk lari sambil tersengih sorang2 sebab aku nyaris nak larikan baton team lain.. haha. Nih gara2 tak kenal muka team relay sendiri. Aku just cam muka Edward je. Mula Ismail & Zul, memang tak cam langsung. First runner team lain tu siap cakap, "No, no, no.." 

Baru aku perasan tulisan kat baju dia bukan SAC team. Kaler baju je sama.. hahahahahahahahahaha. Malu sekejap ๐Ÿ™ˆ

So bila Ismail sampai kat transition area, aku jadi teragak2 nak amik baton selagi dia tak hulur kat aku. Takut salah orang lagi.. kikiki. Tu yang duk gelak sepanjang lari. 

Lepas habis lari, pi support team SAC yang lain kat finishing. Dan the best moment, masa join Vivien pacing Syasya towards finishing. Loveee sangat video kami lari bertiga. Team spirit sangat❤️

Really had so much fun that night. Almost tengah malam baru balik. 

Vivien cakap, next year nak form SAC team girls only. Coz based on timing kami (me, syasya, vivien & ping) yang lari main2 malam tu pun dah cukup untuk dapat top 3 kalau under women category.. hihi.


The girls

Team SAC

My team : SAC 5

Vivien, Me & Syasya

My team punya result. My fun run result for 5km 27mins 43 secs ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ Wonder kalau aku push sikit pace malam tu, camner eh? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Lets form all girls relay next year ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Friday, September 28, 2018

Daddy's little daughter

Dari balik taska tadi dia duk tanya mana abang Ariff, mana abang Amarr. Sampai rumah pulak dia duk cari2 daddy dalam bilik.

Haish. Tu lah, daddy manjakan sangat Aleesya. Sampai tak boleh berenggang dengan daddynya.

Malam ni kita spend berdua je. Esok kita pi jumpa daddy & abang2 awak ya sayang.

❤️❤️

Mamoru whatapps gambar2 ni tadi. Gambar dia ambil malam semalam. Rindu lah tu kat anak dara nan seorang ni.

Weekend is here

And I got so many things to do. 

๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Last night dinner, chickpeas salad with green soybean, avocade & homemade dressing. Siapa cakap ahkak kurang makan protein tadi? Hihihi ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Thursday, September 27, 2018

Bursa Bull Charge 2018

Ni kali kedua jadi wakil Maybank untuk event running. Last year pegi Bali Marathon, this year Bursa Charge.

Maybank kalau bawak runner joint mana2 event tak pernah tak best. Layanan tip top! Perfect. Sampai runners surender sebab asyik makan makanan sedap2 je (esp masa kat Bali last year).

Kali ni, Maybank booked satu dewan dalam BSKL khas untuk runners Maybank sahaja. Punya la besar dewan ni, walhal runners just 40 orang je. Aku drop bag kat dewan ni je, coz ada security jaga dewan ni.

Kat tengah2 dewan, ada satu meja penuh finger foods, mineral water, isotonik, kopi, teh segala mak nenek semua. Mewah betul makanan. Tapi runners Maybank bukannya kisah pun bab makan. Coz masing2 fikir nak podium je. Runners Maybank bukan calang2 tau. Kecualinaku lah. Aku je slow mlow.. yang lain2 semua elit.. kikiki.

Dalam dewan ni siap ada service sport massage okay. Kagum. Tapi aku tak try la. Nak lari muscle kena stiff. Dah lembut nak karang nak lari acaner.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Kalau lepas habis lari, boleh la kut.

Anw, event start lambat. Coz hujan menggila. Siap ribut petir ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ . Aku bajet confirm event ni cancel bila hujan ribut camtu. Yelah, macam semalam kan, hujan membawak ke malam. Tapi alhamdullilah, hujan mula reda dan renyai2 lepas pukul 3.45 petang. So, proceed.

Aku awal2 memang takde target timing. Plan nak buat happy pace. So memang run happy all the way je lah: 3km in 16 minutes. Ok la kan. Takut nak push sangat coz banyak downhills, jalan basah dan licin plus hujan lagi. Nak jaga lutut.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Honestly, best sangat join event ni. Coz banyak supporters Maybank sepanjang route. Semua sanggup basah kuyup sebab nk suport team Maybank. Dan terharu sangat tengok supporter tunggu aku dari awal event sampai habis lari ❤️❤️

Really had fun today! ๐Ÿ’‹

Wednesday, September 26, 2018

Once upon a time..

Dulu, masa kecil, terutamanya lepas ayah & arwah ibu bercerai masa umur aku 10 tahun, hidup kami adik beradik sangat susah especially bila kami tak dibenarkan berjumpa arwah ibu. Kami terpaksa tinggal dengan nenek.

Tapi sebab adik beradik aku ramai, nenek rasa tertekan bila kena jaga kami. Lama kelamaan, ayah pula terpaksa berhenti kerja di KL sebab kata nenek, "sesaat ayah kau tak ada dalam rumah ni, seminit pun aku tak sudi jaga korang adik-beradik".

Macam dialog mak mentua Kasim Selamat kan.. haha. Cuma hakikatnya, dialog ni wujud dalam dunia realiti. Diulang2 sampai telinga jadi lali.

Bila ayah berhenti kerja, sumber kewangan pun tak stabil. Ayah buat macam2 kerja kampung. Menoreh, jadi pak guard, petik kelapa, berkebun & macam2 lagilah. Hidup kami, just apa makan dan pakai apa yang ada.

Baju pakai hari2, semua dari pemberian orang. Baju baru? Baju raya? Tak pernah ada. Kalau ada pun, baju sekolah. Itu pun, dua tahun sekali dapat tukar.

Kasut pun sama. Selagi tak berlubang, memang takkan berganti. Kasut berjalan? Tak pernah ada. Kalau nak ke pekan atau nak pegi berjalan rumah kawan sekampung, terpaksa pinjam selipar nenek. Rotate pakai adik beradik. Kadang2 sampai kena marah dengan nenek sebab selipar nenek cepat rosak. Selipar kami ada, tapi semua tahap tumit berlubang dan tali kat tapak pun dah berapa kali cucuk dengan paku 😞😞

Makan minum kami banyak harap ihsan nenek. Pendapatan ayah tak tetap. Maklum, kerja kampung.

*************

Eh lain kali la sambung. Dah sampai rumah. Nak spend masa dengan anak2. 😊😊

Fail clean diet

Susah nak clean diet bila geng2 ofis rajin buat makan2. Sayang semua!

Tudiaaa.. menu arini yang meriah : shellout. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Apapun, alhamdullilah atas rezeki ❤️

Tenkiuu juga sebab support untuk saya lari esok.

Esok race day!

Semalam tiba2 Mamoru cakap kawan2 ofis dia nak order biskut. Aku tengah shopping barang2 buat kuih time tu. Blur sekejap, siapa yang order? Siapa yang amik order? Rupanya, semalam dia bawak soft cookies sebalang pi ofis untuk buat kudapan sambil bekerja. Kata dia, berebut kawan2 dia makan cookies tu. Semua cakap sedappp dan masing2 pakat nak order dan beli dari aku. Mamoru cakap lagi, dia sempat selamatkan 3 keping je untuk diri sendiri ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lucu pulak.

Tapi bila fikir semula, why not kan? Boleh fikir2kan ni. Mana tau kalau aku dah bosan makan gaji dan nak duduk rumah je. Boleh buat bisnes kan? Anak2 pun semua dah besar. Tinggal Aleesya je yang paling kecik dalam rumah. Aleesya pun pandai bawa diri ❤️

Ok, boleh put aside idea ni. Nanti2 boleh keluarkan balik.

Late dinner malam tadi

Tuesday, September 25, 2018

Collect race kit

Happiness is, waking up every morning with someone you love next to you and that someone love you back unconditionally!

#myrelationshipgoals

Anyway, collected my race kits for this week race! So excited even I have no expectation for both race.

Lets just enjoy doing things I love the most ❤️

Race kit Bursa challenge. I will run with Maybank team.

Asics race kit. This one with SAC team.

Monday, September 24, 2018

Little things mean a lot

Stressfull day, I gotta say.

But in the end of the day, I dont know whether its plain luck or its just me - nailed the meeting. I dont believe in luck tho. Coz theres no way  luck will bring me to this dream job. Its all about hardwork.

Rezeki tak datang bergolek, the said. Well unless u're born in a wealthy family. Then thats different story.a

But alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdulilah for today (and tomorrow, insyaAllah).

And thank to you for today. Reading those simple text & simple thought, kinda complete my day. Perfect timing when I need it the most.

❤️

Dear Aleesya

The biggest myth we were told when we were young, is to find someone who completes us. But, how can you find someone who completes you when you already complete?

You glow as you grow, sayang!

Be brave, be smart, be kind and most of all be beautifully strong.

❤️❤️❤️

Sunday, September 23, 2018

Sweet tooth

Gotta bake some just for kiddos & their cousins. Sesekali

Soft, chewy & chocolatey. Just like they love it! No nut. Better. And Mamoru said its even better than the Subway cookies.

❤️

Settle baking. Now jom tido.

Wishlist 2019

Orang kata, kalau kita share our dreams out loud, kita akan bersungguh2 jadikannya realiti.

So here goes my first wishlist untuk 2019.

Nak visit New Zealand!

🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿

There. Dah share satu dunia.

Now, lets turn it to reality.

Caiyok!!

Note: Nih semua boss aku punya pasal. Start dengan conversation tentang giant pine corn dari New Zealand. Pastu dia siap tunjuk gambar2 koleksi pine corn yang dia bawak balik dari sana. Pastu bila aku google, subahanAllah,.. cantiknya negara ni. "The world is a book. Those who not travel read only one page", katanya.

Jenjalan kat Kampung Janda Baik

Nih aktiviti lepas habis program CSR semalam. Event habis pukul 12 tengahari. So terus pi jimpa kiddos yang dah tunggu kat tepi masjid.

Dari awal2 aku sampai sana aku teringin nak pergi kebun buah Tin: Fig Farm Malaysia. Sebenarnya aku tak tahu pun kat sini ada kebun buah Tin. Lately, tekak macam mengidam nak makan buah Tin fresh (no, tak pregnant pon).

Tak sangka pula semalam, buka setakat dapat ilmu tentang penjagaan pokok Tin, tapi dapat beli buah Tin fresh yang besar2 tau. Sebesar epal! Alhamdullilah. Aku turut beli sebotol Prebiofig untuk bagi ayah. Ladang pokok Tin kat sini sederhana besar, tapi bersih & cantik. Teruja tengok buah2 Tin yang masak ranum atas pokok!

Lepas dapat buah Tin yang diidamkan, kami bawak kiddos pegi main ATV. Hepi betul kiddos dapat main benda tu. Cuma silap la sebab suruh kiddos pakai baju kaler putih. Habis kena lumpur.. uwaaaa..

Sebelum balik KL, kami bagi kiddos mandi sungai. Kasi main puas2.

Buah tin fresh ni melt in mouth tau. Besar macam epal. 4 biji ni RM30. Kalau epal kena kunyah, yang ni gigit je terus cair dalam mulut. Lembut dan sangat juicy. Kadang2 weird sangat kenapa buah tin kering tu kulit keras dan berbiji2. 

Kedai dalam kebun buan Tin. Ada macam2 produk dari buaj ni. Aku beli Prebiofig RM70 (dapat diskaun kat sini, kalau kat luar RM90)

Anak2 pokok Tin

Dengar penerangan tentang buah ni. Buah2 kat sini turut dieksport ke dubai tau. Owner kebun ni orang melayu. Dato Syed Elias.

Dalam rumah hijau

Aleesya geram nak petik buah Tin depan dia

Nak beli anak pokok kat sini pun boleh RM50. 

Amarr tengah ride ATV

Dengar penerangan dari owner ATV

Ariff in action

Mandi sungai pula

Janji enjoy

Depan entrance kebun buah Tin

Saturday, September 22, 2018

Global CSR Day 2018

Last minit tukar plan. Aku pegi Janda Baik ikut team Maybank naik bas. Coz kiddos ada registration untuk robotik class kat sekolah. Kelas ni optional, setiap hari Ahad. Since Ariff & Amarr sendiri yang request nak join, kami turutkan je. Its a good exposure juga. Lepas register baru Mamoru bawak diaorang semua ke Janda Baik. Jumpa kat sana.

Kat Kampung Janda Baik, team kami semua dah ada tugas masing2. Ada team bersihkan masjid, team memasak, team tanam pokok & team bersihkan kawasan sungai.

Aku join team bersihkan sungai. Team yang paling happening sekali. I had so much fun even tho kena redah hutan, kena gigit pacat & kena harung sungai.

Alhamdullilah, berkat kutipan derma yang kami jalankan, dapat dana terkumpul RM70k+ untuk beli kenderaan jenazah untuk kegunaan penduduk kampung Janda Baik. Kata ketua kampung, kat kampung tu takda van jenazah. Kawasan perkuburan pun agak jauh. Harap dengan adanya kemudahan kenderaan ni, dapat memudahkan urusan penduduk kampung. InsyaAllah.

Terima kasih penduduk kampung Janda Baik. Memang semuanya baik2 dan peramah belaka. The best CSR I ever experienced so far ❤️

Sambil kutip sampah , sambil posing

Musim buah rambutan, langsat & pulasan kat sini. Sedappp oii..

Asal nampak kamera, semua terus behave & pose cantik2

Tenkiu cikgu yang pakai baju grey tu. Orang kampung Janda Baik. Guide yang bawak kami masuk hutan & rentas sungai. Memang sangat sporting.

Team yang super cool!!

The girls yang happening sangat ❤️

Our team

Naik belakang lori punyalah enjoy. Macam naik roller coster.. haha

Tergelak aje kejenya

Cross sungai lagi!!

Pose dalam sungai

Pose dalam hutan

Us atas lori.. hihi