Wednesday, September 26, 2018

Once upon a time..

Dulu, masa kecil, terutamanya lepas ayah & arwah ibu bercerai masa umur aku 10 tahun, hidup kami adik beradik sangat susah especially bila kami tak dibenarkan berjumpa arwah ibu. Kami terpaksa tinggal dengan nenek.

Tapi sebab adik beradik aku ramai, nenek rasa tertekan bila kena jaga kami. Lama kelamaan, ayah pula terpaksa berhenti kerja di KL sebab kata nenek, "sesaat ayah kau tak ada dalam rumah ni, seminit pun aku tak sudi jaga korang adik-beradik".

Macam dialog mak mentua Kasim Selamat kan.. haha. Cuma hakikatnya, dialog ni wujud dalam dunia realiti. Diulang2 sampai telinga jadi lali.

Bila ayah berhenti kerja, sumber kewangan pun tak stabil. Ayah buat macam2 kerja kampung. Menoreh, jadi pak guard, petik kelapa, berkebun & macam2 lagilah. Hidup kami, just apa makan dan pakai apa yang ada.

Baju pakai hari2, semua dari pemberian orang. Baju baru? Baju raya? Tak pernah ada. Kalau ada pun, baju sekolah. Itu pun, dua tahun sekali dapat tukar.

Kasut pun sama. Selagi tak berlubang, memang takkan berganti. Kasut berjalan? Tak pernah ada. Kalau nak ke pekan atau nak pegi berjalan rumah kawan sekampung, terpaksa pinjam selipar nenek. Rotate pakai adik beradik. Kadang2 sampai kena marah dengan nenek sebab selipar nenek cepat rosak. Selipar kami ada, tapi semua tahap tumit berlubang dan tali kat tapak pun dah berapa kali cucuk dengan paku 😞😞

Makan minum kami banyak harap ihsan nenek. Pendapatan ayah tak tetap. Maklum, kerja kampung.

*************

Eh lain kali la sambung. Dah sampai rumah. Nak spend masa dengan anak2. 😊😊

3 comments:

Asyiqin Roslee said...

Baca cerita ni pun rasa bersyukur sangat dengan apa yang ada ni kan.. Kita selalu je mengeluh tak cukup itu ini,, tapi kita tak tahu kehidupan orang lain macam mana kan.. Sedihhh baca entry ni..

aisha said...

Ad. sedihnya baca.. thats what make you stronger kan and strive for better..
keep cerita yer la..

aryan azra said...

sedih akak baca..tunggu sambungan pula akak nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...