KENGKAWAN

Saturday, September 01, 2018

Pasar buku Amcorp Mall

Stranded sorang2 dengan troli penuh barang depan pasaraya Hero. Hujan lebat pulak tu. Acaner nak bawak barang masuk kereta. Haish.

Nih kali kedua repeat beli barang dapur dalam masa seminggu. Nak make sure stok makanan cukup untuk 2 minggu akan datang sementara tunggu Mamoru balik dari Jepun.

Layan gambar kami pi pasar buku kat Amcorp Mall pagi tadi. Nak cari buku2 lama. Tapi tak ada yang terpaut di hati. Plus, buku2 gaya penulisan lama sangat mahal. Beli online lagi murah.

Anyway, suka tengok kiddos happy tengok buku banyak2. Ingat tadi nak balik je sebab hampa. Tapi bila tengok kiddos ralit baca buku dalam book excess, tak jadi nak balik. Tunggu kiddos habis baca buku, dari pukul 1 tengahari sampai pukul 3 petang.

Bangga mommy anak2 suka baca buku. Alhamdullilah.

Kebetulan ada watak2 hero ni kat sini. Suka depa semua.

Adam pun ada sekali. As ussual, weekend je aku automatik jadi mak anak empat. Kiddos tak boleh berpisah dengan Amarr. Asal weekend je memasing duk video-call ajak jumpa.. hihi.

Semoga kekal berkawan rapat sampai dewasa ya anak2.

Curi2 amik gambar depa tengah discus nak beli buku yang mana.

Puas mommy cari dalam book store ni , rupanya kat sini depa tersorok.

Aww... Sweet sangat..

Ninmasa baru sampai. Mamoru & Aleesya join kami kejap je sebab Aleesya dah sleepy. Mamoru volunteer teman Aleesya tidur dalam kereta.

Semoga kekal minat suka membaca sampai ke tua ya anak2.

Lepas baca buku, pi lunch kat Selero Negori. 

Kiddos & super heroes

Dengan Hulk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...