KENGKAWAN

Friday, September 21, 2018

Can mali can

Aleesya kalau menyanyi, semua lagu omputeh. Tak ada lagu melayu.

Tapi semalam, dia nyanyi lagu Can Mali Can. Comel sangat bunyi lagu tu bila anak-mat-salleh-celup yang nyanyikan. Mamoru & aku terus terdiam dengar Aleesya nyanyi sampai habis.

Malam sebelum tu aku ada nyanyikan dia lagu Can Mali Can masa Aleesya nak tidur. Tapi aku nyanyi pakai taram je sebab tak hafal lirik. Dari zaman Ariff & Amarr lagi aku suka guna lirik sendiri cuma aku ubah guna nama kiddos. Bab korus je sama.

Tak sangka, malam aku nyanyi lagu tu, terus Aleesya boleh ingat esoknya. Tapi bab korus je lah dia nyanyi. Tak pasti dia hafal sebab dia dengar dari aku malam tu or dari sumber lain.

Can mali can
Can mali can
Can mali can ketipung payung 🎵

Esok ada Maybank Global CSR Day. Team department aku pergi ke Janda Baik untuk gotong royong, tanam pokok, bersihkan kawasan masjid, & penyerahan van jenazah baru untuk kegunaan penduduk kampung Janda Baik. Nak bawak kiddos sekali esok. Lepas event, boleh ajak kiddos mandi sungai sekali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...