Sunday, September 23, 2018

Jenjalan kat Kampung Janda Baik

Nih aktiviti lepas habis program CSR semalam. Event habis pukul 12 tengahari. So terus pi jimpa kiddos yang dah tunggu kat tepi masjid.

Dari awal2 aku sampai sana aku teringin nak pergi kebun buah Tin: Fig Farm Malaysia. Sebenarnya aku tak tahu pun kat sini ada kebun buah Tin. Lately, tekak macam mengidam nak makan buah Tin fresh (no, tak pregnant pon).

Tak sangka pula semalam, buka setakat dapat ilmu tentang penjagaan pokok Tin, tapi dapat beli buah Tin fresh yang besar2 tau. Sebesar epal! Alhamdullilah. Aku turut beli sebotol Prebiofig untuk bagi ayah. Ladang pokok Tin kat sini sederhana besar, tapi bersih & cantik. Teruja tengok buah2 Tin yang masak ranum atas pokok!

Lepas dapat buah Tin yang diidamkan, kami bawak kiddos pegi main ATV. Hepi betul kiddos dapat main benda tu. Cuma silap la sebab suruh kiddos pakai baju kaler putih. Habis kena lumpur.. uwaaaa..

Sebelum balik KL, kami bagi kiddos mandi sungai. Kasi main puas2.

Buah tin fresh ni melt in mouth tau. Besar macam epal. 4 biji ni RM30. Kalau epal kena kunyah, yang ni gigit je terus cair dalam mulut. Lembut dan sangat juicy. Kadang2 weird sangat kenapa buah tin kering tu kulit keras dan berbiji2. 

Kedai dalam kebun buan Tin. Ada macam2 produk dari buaj ni. Aku beli Prebiofig RM70 (dapat diskaun kat sini, kalau kat luar RM90)

Anak2 pokok Tin

Dengar penerangan tentang buah ni. Buah2 kat sini turut dieksport ke dubai tau. Owner kebun ni orang melayu. Dato Syed Elias.

Dalam rumah hijau

Aleesya geram nak petik buah Tin depan dia

Nak beli anak pokok kat sini pun boleh RM50. 

Amarr tengah ride ATV

Dengar penerangan dari owner ATV

Ariff in action

Mandi sungai pula

Janji enjoy

Depan entrance kebun buah Tin

No comments: