Tahun 2002, first job aku kat KL lepas grad dari UUM adalah sebagai salesgirl dekat Uda Ocean, Central Market (dah tak wujud dah bangunan tu. Dah jadi MRT. Gaji RM600+
Tiga bulan je keje situ. Dapat lah kumpul duit nak bayar deposit sewa rumah. Sebelum tu, menumpang rumah kawan satu U.
Kat Uda Ocean, aku ada ramai kawan2 pelbagai bangsa. Kawan baik aku, Ai Ling, orang cina. Kakak angkat aku, Selvi, orang India (dia yang angkat aku jadi adik angkat). Sanggup masakkan aku homemade lunch (halal) sebab dulu aku jarang pegi lunch - nak jimat. Supervisor aku, Kak Ani, garang tapi baik hati. Kami semua keje kat bedding department.
Maybe sebab aku ramah, ada sorang customer India perempuan (middle age - lupa nama dia), offer aku kerja dengan goverment. Tapi bukan permanent staff gov. Kerja kontrak. Kena renew setiap 6 bulan. Tempat kerja kat Putrajaya, kat presint 7, kat dalam ofis Bomba. Gaji RM1,200.
Masa ni aku menyewa kat Taman Desa, KL. Jauh woo nak ke Putrajaya. Subuh2 buta aku kena amik bas menuju ke Central Market. Dari situ aku kena jalan kaki ke Mandarin Court untuk tunggu shuttle bas ke Putrajaya. Bas ni free tayah bayar. Sebab time tu ramai staff goverment stay kat KL. Sampai Putrajaya, kena amik bas Nadi Putra kat depan JPM untuk ke Presint 7. Bas ni pun free dulu. Sekarang tak tau lah.
Kat HQ Bomba presint 7 ni, keje aku kadang2 tukang taip surat2 rasmi. Tapi mostly, just melangut depan PC atau dengan erti kata lain, takde kerja. Aku tak pakai baju bomba pun keje sini. Kat tingkat atas Bomba ada ofis untuk pegawai2 goverment.
Mula2 tu best lah, coz pegi keje goyang kaki je. Lepas dua bulan, mula rasa bosan. Aku jumpa pegawai perempuan India yang offer aku keje (dia pengarah kat situ), cakap kat dia aku nak tender resignation lepas dapat gaji bulan tu.
Lepas resign, almost sebulan aku menganggur sebelum aku dapat keje kat Holis Group under Texchem. Gaji RM2,200. Aku keje admin kat sini - buat data filing customer kat backoffice. Company ni buat spa & salon. Besar tau spa ni. Terletak kat dalam Mid Valley (centre court - tapi dah tak wujud lagi).
Kat Holis, just ada 2 staff melayu. Aku dan arwah Kak Ain. Kak Ain grad dari Jepun. Dia keje situ as translator coz semua management dalam Holis orang Jepun. Alfatihah buat kak Ain. Dia meninggal dunia sebab eksiden tahun tu juga (2002). Masuk paper kemalangan yang meragut nyawa dia dan 3 adik2 dia.
Keje kat Holis best sangat. First sebab dalam mall. Happening. Second manager aku, Jane & Sylvia sangat2 baik. Even kawan chinese kat situ pun semuanya baik2.
Tapi tak lama aku keje sini coz aku suka lompat2 keje. Suka market diri untuk cari kerja yang lebih sesuai dengan gaji yang lebih tinggi. Ni taktik fresh grad nak naik gaji cepat.. hihi.
Tahun 2003 aku dapat offer kerja dengan Harvard Club Alumni. Rasa honoured sangat bila kena interview dengan Tan Sri G Gnanalingam (Presiden Westport), Datuk Othman & Dato Abdullah. Semua nama2 besar dalam dunia korporat. Gaji? Lets keep it a secret ๐
Lama aku stay dengan Harvard Alumni. Keje best! Event management. Banyak outstation (masa ni bujang trang tang tag - so tak kisah pun) Paling best bila dapat jumpa dengan Harvard professors dari Boston!
7 tahun aku stay dengan Harvard Alumni. Sampai lah tahun 2009, aku tender resignation atas personal reason 3 bulan lepas lahirkan Ariff.
Masa ni plan nak start business sendiri. Tapi ntah macam mana lepas sebulan menggangur, aku dapat 2 offer keje kat UOB bank & Maybank. Rezeki. Aku pilih Maybank & now dah 8 tahun aku kat sini. Alhamdullilah, the best company ever!
Now, memang tak ada plan nak lompat keje lagi.. haha. Kalau ada pun pasni, nak start business sendiri macam yang aku plan dulu. ๐ Nak duduk rumah goyang kaki, bulan2 masuk gaji.. hihi ๐๐
2 comments:
Hi Ad.. sronok baca citer Ad mengimbau kenangan dulu.. u kind of hero.. bila Ad citer zaman susah and apa yang Ad dah jadi sekarang.. hebat..
and wonder nape tak pernah bertembung masa kat uum dulu.. sbb kita satu batch.. dgn si sha (sharizad) berlanggar la bahu banyak kali.. heheheheh
lebih kurang la umur kite
Post a Comment