Seumur hidup aku, aku pernah kena pinang dua kali. Pinangan yang pertama, masa umur aku 18 tahun. Aku tak tahu siapa yang meminang aku tu. Pinangan yang kedua, masa umur aku 28 tahun, of course la dari Mamoru.
Seingat aku, sebelum rombongan meminang datang kerumah, petang tu aku kena jerkah dengan sorang lelaki. Masa tu aku baru masuk tingkatan enam - umur 18 tahun. Baru balik sekolah.
Memang jadi kebiasaan kalau balik sekolah aku akan jalan kaki dari sekolah ke perhentian bas di pekan Masjid Tanah yang jaraknya dalam 1km.
Kebetulan masa dah nak sampai perhentian bas, terserempak dengan Nazry, kawan satu kelas. Dia berhentikan motor tepi jalan bila nampak aku. Kami berbual tepi jalan.
Tiba ada satu lelaki naik motor RXZ berhenti depan kami. Umur dalam 20-an. Dia buka helmet pastu dengan takde salam main jerkah aku kuat2 depan semua orang.
"Balik!! Aku kata balik sekarang! Balik rumah!!"
Terkejut aku situ. Malu pun ada. Lepas jerkah aku tak tentu pasal, dia sarung helmet dan beredar.
Nazry tanya siapa lelaki tu. Aku geleng kepala. Serius aku tak kenal langsung. Itu lah first time aku jumpa dia.
Disebabkan tanak jadi lebih kecoh, aku minta diri balik rumah. Takut juga kalau2 lelaki tu masih perhatikan aku kat situ.
Malam tu, aku ingat lagi, masa tengah baca buku kat dalam bilik, aku dengar suara orang bagi salam. Pastu dengar macam ramai orang kat luar rumah. Aku malas nak tengok sebab rumah aku jarang tetamu datang waktu malam. Aku agak, orang2 tu pergi rumah kak Wa (jiran depan rumah).
Tiba2 adik2 aku berlari masuk bilik. Adik aku cakap ada orang datang nak meminang. Aku tengah blur2 masa tu.
Aku tanya adik2 aku, "Orang datang meminang? Meminang siapa?"
Adik2 aku pun blur2 jugak. Pastu sorang adik aku cakap, "Takkan orang tu nak meminang ayah. Mestilah nak meminang Along. Dak Yanie kecik lagi".
Rasa nak pengsan dengar adik aku cakap macam tu. Betul juga, adik beradik perempuan aku bukannya ramai. Aku yang sulung. Adik perempuan lain masa tu baru berumur 13 tahun. Yang lain baru masuk sekolah rendah.
Aku jalan pelan2 ke pintu depan. Dari celah pintu, aku nampak ramai orang tua2 lelaki & perempuan masih berdiri di bawah tangga serambi. Ada beberapa orang tua2 perempuan bawa dulang. Salah satu dulang tu ada tepak sirih. Dulang yang lain2, aku tak pasti isinya.
Tiba2 teringat kat kawan2 perempuan sebaya aku kat dalam kampung ni semuanya dah berkahwin sebaik sahaja tamat SPM. Rasanya, aku sorang je yang teruskan belajar masuk tingkatan enam.
Terus rasa kecut perut. Takut.
Aku tengok ayah yang berdiri kat atas serambi. Ayah macam halang orang tua2 tu semua naik ke atas serambi rumah. Ayah cakap sesuatu dengan mereka, tapi perlahan sangat. Aku tak dengar.
Yang aku dengar, ada sorang makcik tu pujuk ayah, ajak berbincang. Tapi ayah macam marah2. Ayah berkeras suruh semua rombongan tu balik.
Malam tu baru lah terurai segala persoalan tentang siapa lelaki tadi dan kenapa dia bertindak macam tu. Rupanya, itu lah lelaki yang yang pinang aku.
Rasa lega ayah tolak pinangan orang tu. Kalau tak, kawin muda aku.. hahahha. Ayah lebih kenal anak2 dia. Ayah tahu aku lebih suka sambung belajar.
Terima kasih ayah sebab selalu memahami..
No comments:
Post a Comment