KENGKAWAN

Thursday, September 20, 2018

Busy like Ratu lebah

Rekod baru. Sepanjang minggu ni tak sempat nak pegi lunch langsung. Busy yang teramat.

Masa fetch kiddos tadi, depa informed, depa dapat pegi ikut rombongan sekolah 27 October nanti. Rombongan ni just untuk selected top 5 student dalam setiap kelas masa exam lepas.

Ariff dapat melawat Negeri Sembilan (tak sure lokasi kat mana). Amarr pula pegi Kidzania.

Ariff cakap "Mommy, saya terpilih ikut rombongan pergi melawat Negeri Sembilan, mommy benarkan saya pegi?"

Hm.. risau nak lepaskan. Biasa lah, symtom mak-mak over protective. Tapi takkan tanak bagi kan. Dah dia belajar sungguh2. Biarlah dia enjoy reward yang sekolah bagi. Reward dari mak-pak dah biasa sangat.

Nih aku tengah berkira2, patut ke tak patut aku follow rombongan kiddos dari belakang? Hihihihihi. Tapi macam mana nak bahagi dua badan ni? Dedua pegi tempat lain2. Nak suruh Mamoru pegi follow salah sorang, memang free je aku kena marah nanti.. tsk. Ntahapahapa katanya. Risau tak tentu pasal. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

*******

Hujan malam ni. Tak dapat lari. Semalam dah bermandi hujan. Hari ni tamau repeat. Takut demam. So, declare rest day today.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...