KENGKAWAN

Friday, September 14, 2018

Throwback cuti Maal Hijrah

Dapat berita dari my step-mum. Ayah tak sihat katanya. Dia bawa ayah pegi berubat tradisional, pengamal perubatan kat situ cakap buah pinggang ayah bengkak sikit.

Mengelupur kami adik beradik pecut kereta balik kampung. Ada yang balik sorang tinggalkan anak bini kat KL sebab nak cepat.. haha. Risaukan ayah punya pasal.

Sampai Melaka, ayah takde, kat Muar katanya. Berjalan2 tengok dinosour kat bandar Muar.. Astaga..

Melangut kami depan rumah tunggu ayah balik. Dan malam tu juga kami angkut ayah tanpa dia rela bawak pegi private clinic. Buat checkup & scan.

Result awal, doktor cakap buah pinggang ayah normal. Tak ada problem. Takde masalah batu karang, etc.

Ayah beriya cakap dia sihat. Okay, takde apa2 katanya. Tersenyum meleret tengok anak2 panik tak tentu arah.

Tapi kami still tak puas hati. Tunggu ya ayah. Kita pi buat full checkup pulak pasnih.

Ayah cakap.. tak payah membazir duit. Dia teringat aritu buat full checkup anak2 bayau lebih RM1.5k.

Adik aku siap sound, "tak kira, kita bawak je orang tua ni pegi hospital."

Eh hawau adik aku, 'orang tua' katanya. Aku pun tak berani nak cakap cenggitu depan ayah. Tapi berkesan juga cara dia.  Hihi. Kalau tak, sure seribu satu alasan ayah kasi.

Pasrah je lah si ayah.. berani nak lawan anak2 yang ramai? Kena pulak kami bersekongkol dengan step-mum. Kalah lah ayah.

Arwah ibu dah tak ada. Ayah nan seorang ni je lah yang tinggal untuk kami jaga.

Sambil teman ayah kat kebun, sambil gait moktan tepi benteng.

Sedap ooo moktan gula batu ni

My cantik 

Teman atuk petik terung

Buah fav ariff

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...